Saturday, June 15, 2013

Jangan Salah Faham Perjuangan Rakyat Syria +Video


Alhamdulillah sedikit waktu yang ada ini Allah telah diilhamkan satu idea kepada saya untuk menulis tentang salah faham sebahagian umat Islam sekarang mengenai pergolakan yang berlaku di Syria. Ada yang mengatakan rakyat Syria tidak bersyukur dengan kerajaan yang ada, segala keamanan, kemudahan, masjid, universiti, perhubungan awam dan sebagainya telah pun tersedia. Kenapa perlu lagi untuk memberontak dan menjatuhkan kerajaan yang ada? Bukankah ini memberi kredit kepada musuh-musuh Islam untuk merangka strategi bagi memecahbelahkan umat Islam?




Wahai pembaca sekalian, janganlah kita mudah percaya dan terus diperdaya oleh pihak-pihak musuh Islam, kerana dengan jelas, kita semua tahu bahawa mereka lebih berkuasa dan memonopoli seluruh teknologi dan media masa. Kadang-kadang saya rasa sedih dengan mereka-mereka dengan sewenang-wenangnya menuduh kebangkitan rakyat Syria ini tidak wajar dengan menggelar mereka ganas, buas, hipokrit dan sebagainya.

Sebenarnya anggapan buruk seperti ini sangat meleset dan tidak betul sama sekali, kerana kebangkitan rakyat Syria direstui oleh seluruh ulamak-ulamak Islam terutamanya persatuan ulama sedunia. Malah kebangkitan mereka melawan kerajaan zalim Basyar Assad adalah untuk menuntut keadilan dan memberhentikan tindakan ganas yang dibuat oleh kerajaan Assad. Sanggupkah kita melihat kezaliman yang dibuat oleh Basyar sejak lebih 20 tahun yang lalu. Setiap hari dan masa ada sahaja rakyat yang tidak berdosa diseksa dan dibunuh tanpa mengira usia dan jantina.

Ada sahabat saya pergi ke sana antara sempadan Syria dan Turki, setiap pelarian yang lari ke Turki menceritakan bagaimana kezaliman yang dilakukan oleh Basyar dengan menggunakan tentera atau polisnya memukul, membunuh dan memenjarakan sesiapa sahaja tanpa berperi kemanusiaan. Di mana sahaja mereka tinggil tidak kira dalam rumah, parit, hutan atau gua mesti dicari dan dibunuh apabila tentera Basyar mengetahui bahawa mereka ini adalah penganut Sunni (Ahli Sunah Wal Jemaah). Sebab itulah mereka bangkit dan mengangkat senjata untuk mempertahankan diri, kerana itu sahaja usaha yang mereka ada. Jika hendak diharapkan badan dunia seperti PBB atau negara-negara Islam yang lain, hingga sekarang masih banyak negara Islam berdiam diri.

Hendak diharapkan kuasa barat, memang tidak ada harapan, kerana kebanyakan tentera Pembebasan Syria terdiri daripada mereka yang cintakan mati syahid, ramai ulama Syria menyertainya. Malah mereka berikrar sanggup mati dari diperlakukan seperti anjing oleh tentera Basyar. Mereka juga berpegang dengan keyakinan pertolongan Allah di atas perjuangan mereka menentang musuh Allah walaupun mereka tidak dibantu oleh mana-mana negara kecuali Mesir, Turki dan Palestin. Bantuan yang datang adalah dari pemuda dan lelaki dari negara-negara jiran yang cintakan mati syahid.

Amat meleset kepada sesiapa yang mengatakan bahawa tentera Pembebasan Syria ini dibantu oleh Amerika, Israel dan Barat. Kalau benar dibantu sudah lama Amerika hantar kapal perang dan mengebom sasaran tentera Basyar seperti mana mereka lakukan kepada Libya. Sekiranya betul mereka cintakan keamanan, sudah tentu mereka hantar tentera PBB seperti berlaku di Lubnan bagi memantau keadaan.

Kes ini sama dengan Palestin, kerana rakyatnya yang mengangkat senjata menentang Zionis dianggap pengganas dan menentang pendamaian. Inilah modus operandi yang digunakan kepada pejuang dan rakyat Syria bagi menentang kezaliman Basyar.

Tambah pula, konflik yang berlaku di Syria sekarang ini telah bercampur pula dengan masalah Syiah dan Sunni. Basyar merupakan penganut Syiah Nusairi dan penentangnya pula terdiri daripada Sunni. Jadi negara-negara sekeling yang dipimpin oleh Syiah dan kumpulan-kumpulan Syiah lain tidak merelakan Syria ini jatuh ke tangan Sunni. Sebab itulah mereka sanggup menghabiskan belanja yang banyak untuk membantu Basyar mempertahankan pemerintahannya. Berduyun-duyun tentera dihantar untuk membantu Basyar antaranya terdiri dari tentera revolusi Iran, tentera Mahdi Iraq dan Tentera Hisbullah. Tidak cukup dengan itu, Russia turun membantu kerana Basyar ini adalah sekutu kuatnya.

Sebab itulah ulamak-ulamak Sunni lantang bersuara dan ada yang mengeluarkan fatwa Basyar wajib dibunuh. Sebagai pembuktian saya muatkan di sini Khutbah yang disampaikan oleh Ketua Ulamak Dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi :

“Kewajipan bagi semua untuk menentang Iran dan Hizbu Lata (Hizbullah), seluruh negara Arab perlu bersatu menentang kedua-duanya.”

Syiekh juga menjelaskan bahawa Basyar, Iran, HIzbullah adalah sebagai musuh umat Islam dan wajib kepada kita untuk menentangnya. “Bagaimana orang Malaysia yang menyokong Basyar?” Takkan nak tentang fatwa ulamak besar. Ingat tentang ulamak ini bererti tentang Allah dan rasulNya. Muhasabah balik diri tu, perbetul balik mana yang tak betul.

Muktamar Ulamak Ummah yang bersidang di Kaherah Mesir juga telah mengeluarkan beberapa resolusi mengenai kebangkitan rakyat Syria.

1. Wajib Jihad untuk membantu saudara-saudara kita di Syria. Jihad melalui tubuh badan, kewangan dan menghantar senjata kepada mujahidin. Selain itu, diusahakan setiap cara lain untuk jihad dan bantuan kepada Mujahidin.

2. Apa yang berlaku di Bumi Syam, dari pencerobohan teruk oleh Iran dan Hizbu Syaitan dan rakan-rakan mazhab mereka tindakan "mengisytiharkan perang" terhadap Islam dan setiap negara Islam bukan sahaja Syria.

3. Wajib untuk menyatukan semua negara-negara Islam secara amnya dan menyatukan Mujahidin khasnya. Dan jika mana-mana pihak yang mempunyai pertikaian, kita kembali kepada al-Quran dan Sunnah.

4. Jemaah Ulama Umat Islam meminta negara Barat, Islam, PBB, negara-negara teluk, pakatan Islam dan Liga Arab mengambil pendirian yang berani dan jelas terhadap penceroboh mazhab dan perlu membantu Mujahidin secara terbuka dengan semua yang mereka perlukan terutamanya senjata dan wang.

5. Memboikot semua negara yang membantu mereka seperti Rusia, China dan Iran (snake head). Wajib untuk mempunyai sokongan politik dengan melantik Duta dari rakyat Syria yang bersama perjuangan rakyat bukan sama sekali dari puak pembunuh.

6. Wajib kepada semua umat Islam untuk memboikot syarikat-syarikat dan apa-apa sahaja yang manfaat kepada Iran. Ia adalah bagi membalas dendam atas darah kanak-kanak Syria di tangan Iran.

7. Menjemput semua pemikir, penulis, ahli politik dan media untuk memulakan menyokong perjuangan Syria dengan semua cara.

8. Mengingatkan tentera Basyar, haram untuk membunuh mereka yang tidak bersalah dan haram untuk menyokong kezaliman Bashar. Dan adalah wajib untuk menyertai Mujahidin terhadap kuffar.

9. Mengingatkan PBB akan tanggungjawab Antarabangsa mereka terhadap apa yang berlaku di Syria. Meletakkan segala jenis tekanan ke atas mereka (Hizbu Syaitan dan Iran) kerana mereka mempunyai double standard dan kami mahu mendedahkan mereka kepada seluas-luasnya kepada umat Islam.

10. Membantah tindakan memanggil Mujahidin di Syria sebagai pengganas atau pemberontak daripada mana-mana media Islam. Mereka Mujahidin dan Pejuang Kebebasan. Pada masa yang sama, mereka menutup satu mata terhadap jenayah dahsyat yang dilakukan oleh Iran dan sekutunya.

11. Wajib ke atas semua Badan Bukan Kerajaan dan Organisasi-Organisasi Bantuan Kemanusiaan untuk segera dan bekerja keras untuk membantu Syria. Menyediakan mereka dengan ubat-ubatan dan makanan dan tempat tinggal. Dengan apa jua cara bagi membantu mereka sehingga mereka berjaya menentang musuh mereka.

Akhir sekali, diharapkan tidak ada lagi salah faham mengenai perjuangan rakyat Syria untuk menentang kezaliman Basyar. Mereka juga adalah saudara Islam kita dan wajib bagi kita untuk membantu mereka sekadar kemampuan yang ada. Tidak mungkin kita dapat membekalkan mereka dengan jasad kita sebagai pejuang. Tetapi kita mampu dengan sumbangan lain seperti doa, hujah dan wang. Kasihanilah mereka, kerana mereka sentiasa memerlukan sumbangan kita paling remeh adalah dengan doa kita kepada Allah agar diturunkan kemenangan untuk mereka bagi membebaskan Syria. Ustaz Noramin

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment