Wednesday, June 26, 2013

Isu Jonker Walk: Idris bohong?


MP Petaling Jaya Utara Tony Pua mendakwa Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berbohong apabila menyatakan bahawa Jonker Walk hanya akan ditutup selama empat minggu untuk tempoh percubaan.

Pua dalam satu sidang media di bangunan Parlimen berkata, beliau mendakwa demikian berdasarkan satu surat pekeliling yang dikeluarkan kepada Datuk Bandar Melaka, yang menurutnya bertentangan dengan kenyataan Idris.

Menurut surat pekeliling daripada anggota majlis kerajaan negeri Melaka itu, Jonker Walk perlu kekal dibuka kepada lalu lintas dan bukannya untuk tempoh percubaan.

Pekeliling itu juga menyatakan bahawa pengusaha gerai tidak lagi dibenarkan untuk membuka gerai di mana-mana tempat di jalan berkenaan. - Mk

KM: Buka semula jalan, bukan tutup Jonker Walk
11:16AM Jun 26 2013
Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri mengeluarkan arahan untuk menghentikan operasi perniagaan di Jonker Walk seperti yang dibangkitkan ADUN Kesidang Chin Choon Seong.

Sebaliknya, kerajaan negeri hanya memutuskan untuk membuka semula jalan di sekitar kawasan pasar malam tersebut yang sebelum ini ditutup pada waktu malam setiap hujung minggu, katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

“Ada kekeliruan kerana kenyataan saya sebelum ini disalah tafsir, mesyuarat Exco sebelum ini tidak pernah mengarahkan operasi perniagaan di sepanjang jalan raya di Jonker Walk ditutup.

“Saya hanya mengarahkan jalan raya yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad dibuka semula kepada lalu lintas bagi mengelak kesesakan di bandar raya Melaka,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Malah, ada pengguna jalan raya yang mendakwa terpaksa mengharungi kesesakan selama empat jam untuk perjalanan dari plaza tol Ayer Keroh ke bandar Melaka, katanya. Mk

Apa Kata Blogger UMNO :
Jonker Walk Ditutup-Sekalung Tahniah Kepada KM Melaka
Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri,Datuk Idris Haron telah mengambil keputusan untuk menutup pasar malam Jonker Walk yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka.

Keputusan untuk menutup Jonker Walk diputuskan dalam mesyuarat exco Melaka 12 Jun yang lepas kerana menghormati kehendak majoriti rakyat Melaka.

Perniagaan di Jonker Walk dimonopoli oleh peniaga-peniaga cina dan kawasan tersebut telah dicinakan sepenuhnya oleh mereka.

Antara penyebab utama utama pasar malam Jonker Walk ditutup kerana masalah kesesakan lalu lintas, peniaga tiada lesen dan menjual barangan tiruan.

Sekarang DAP Melaka sedang melalak-lalak membantah penutupan pasar malam tersebut. DAP kata Ketua Menteri Melaka tidak demokratik dan berdendam kepada pengundi-pengundi cina Kota Melaka. Lihat sini

Ini bukan soal dendam, ini soal kamu tidak mematuhi peraturan dan undang-undang. Kamu berniaga tanpa lesen dan jual barang tiruan, itu satu kesalahan.

Jika Lim Guan Eng boleh aniaya peniaga-peniaga melayu di Pulau Pinang, apa jadi masalah kalau Idris Haron tutup Jonker Walk ? Lagi pun ianya terletak di tengah-tengah bandar Melaka dan mengganggu kelancaran trafik. Di Pulau Pinang orang melayu meniaga tepi pantai yang tak kacau lalu lintas pun Guan Eng boleh tutup. Apa lagi orang yang meniaga tengah-tengah bandar ?

Akhir kata sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Idris Haron kerana telah mengambil satu langkah drastik yang cukup tepat. Kita amat-amat berharap kerajaan negeri-negeri lain dapat mengambil langkah yang sama sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan Melaka. Beri bantuan, beri pertolongan dan beri peluang kepada orang yang menolong kita. Apa guna kita beri peluang kepada orang yang menuduh kita zalim, kita kejam, kita rasuah dan sebagainya. Kita tolong macamana sekalipun mereka tetap akan tuduh kita zalim. Jadi lebih baik kita betul-betul zalim.

Inikalilah....

Kita masih menunggu tindakan kerajaan terhadap lubuk kegiatan haram di Petaling Street... RBF

Pakatan Rakyat gesa buka semula Jonker Street
26 June 2013
KUALA LUMPUR, 26 JUN: DAP hari ini mengulangi desakan terhadap Kerajaan Negeri Melaka supaya segera menarik balik penutupan pasar malam Jonker Street kerananya ia jelas bersifat diskriminasi dan perkauman.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, kerajaan negeri yang ditunjangi UMNO perlu segera berhenti dari membuat pelbagai alasan kerana tindakan itu akan membawa kepada pengenepian kaum minoriti.

“Saya melihat strategi utama tindakan ini dibuat adalah untuk menghukum pengundi Cina, jika ianya dibiarkan pastinya akan menjadi permulaan kepada satu siri untuk menindas, menekan, mendiskriminasi dan meminggir serta menghina kaum minoriti yang didakwa telah tidak memberi sokongan kepada mereka.

“Oleh itu, kami menyeru kerajaan Melaka dengan segera menarik balik pengharaman pasar malam Jonker Street, dan berhenti menggunakan alasan ‘mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas’ atau kepada tidak mereka menutup saja semua pasar malam dan pasar tani di seluruh negeri dan negara,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan berkata, keputusan Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron adalah ibarat marahkan nyamuk kelambu dibakar.

“Hanya kerana Idris mahu menunjukkan ketidakmatangan politik beliau dengan menghukum masyarakat Cina, beliau sanggup mengorbankan kepentingan rakyat dan ekonomi Melaka,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kurang cerdik yang bermotifkan politik dendam itu.

“Jika ia bukan sebab dendam politik, mengapa isu sama ada rakyat menyokong DAP atau MCA ini tiba-tiba dikaitkan dengan masalah kesesakan lalu lintas di sana?,” ujarnya merujuk laporan akhbar Kwong Wah Daily tentang kenyataan Ketua Menteri Melaka tersebut, “kini kita lihat ramai penduduk Melaka memberi sokongan padu kepada DAP berbanding calon MCA yang telah berkhidmat kepada mereka. Jadi, kita telah buat keputusan untuk tutup pasar malam itu dan berharap agar mereka gembira.”

Beliau juga menegaskan Idris juga telah berbohong apabila mengatakan pasar malam hanya akan ditutup selama empat minggu sebagai tempoh percubaan.

“Saya ada menyimpan 1 salinan memo yang dikeluarkan kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka untuk mengarahkan penutupan secara terang-terangan pasar malam Jonker Street.

“Ia benar-benar tidak menyebut ia menjadi percubaan, atau keperluan untuk kajian trafik rasmi,” tegasnya.

Turut hadir dalam sidang media ialah Ahli Parlimen DAP Kota Melaka, Sim Tong Him dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Shamsul Iskandar turut mengecam langkah Idris Haron itu yang akhirnya membawa pada penghapusan tempat bersejarah di Melaka.

“Saya hanya ingin bertanya kepada Idris Haron apakah beliau dalam masa 100 hari menjadi Ketua Menteri mahu melihat Melaka bukan lagi menjadi tempat tumpuan pelancong.

“Bukan saja di Jonker Street malah di Taman Cempaka dimana Bazaar Ramadhan yang pernah dimasukkan dalam Diari Pelancongan Malaysia antara tempat ketiga terkenal sebelum Night Market.

“Oleh kerana Taman Cempaka berada di kawasan Bukit Katil, Exco memutuskan untuk tidak lagi membenarkan peniaga berniaga disitu, apakah mereka menghukum kesemua rakyat yang memberi undi pada PR,” ujarnya. – Roketkini.com

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment