KUALA LUMPUR, 27 JUN: Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Sabah mengenai ‘Projek IC Sabah’ diteruskan dan mahu mereka yang bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan.
Menurut beliau, isu berkenaan telah lama menjadi buah mulut rakyat Sabah yang semakin lama tertekan akibat dengan kebanjiran ‘warganegara segera’ yang mana telah mengakibatkan warga tempatan secara perlahan-lahan dihimpit dengan saingan tidak sihat terutamanya apabila melibatkan isu hak dan perekonomian.
“Ini bukan isu politik. Ini adalah isu melibatkan kedaulatan Malaysia, kehormatan rakyat Sabah. Dalam RCI sudah didedahkan mereka yang bertanggungjawab. Ini bukan cerita dongeng. Mengapa kerajaan berlengah, mereka perlu segera bertindak?,” soalnya ketika ditemui wartawan Roketkini di Parlimen.
Katanya, seruan ini bukan hanya semata-mata dari pandangan beliau tetapi pandangan rakyat negeri Sabah sendiri.
“Mereka mahu kerajaan menjejak semula pemilik-pemilik IC ini. Lainlah kalau mereka memang telah menetap lama disini dan permohonan kerakyatan mengikut peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan,” jelas beliau.
Jimmy Wong dalam masa yang sama menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan bahawa tindakan menarik semula kerakyatan terhadap pemilik IC itu sebagai satu diskriminasi.
“Ini bukan mendiskriminasi. Tidak betul itu. Apa yang kita mahukan ialah supaya salah guna kuasa orang-orang tertentu diadili.
“Mengapa perlu senang-senang beri kerakyatan sedangkan mereka (warga asing) boleh sahaja mencari rezeki di Negara ini. Isu diskriminasi itu tidak timbul,” tegas beliau.
Pada 16 atau 17 Januari 2013 lalu,Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Sabah terhadap pendatang tanpa izin mendedahkan pembabitan dua orang kanan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir iaitu bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Megat Junid Megat Ayub dan bekas Setiausaha Politik, Abdul Aziz Shamsuddin terlibat dalam penipuan ‘Projek M’ antara 1990 dan 1995.
Dalam ‘Projek M’, ratusan ribu kad pengenalan biru palsu dan pengesahan surat beranak telah dikeluarkan sebagai tukaran untuk mengundi Barisan Nasional.- Roketkini.com
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment