Monday, June 17, 2013

Hebatnya Negeri "SIMPANAN TETAP" UMNO/BN!!!


MASALAH PENGANGGURAN DI SABAH MENINGKAT?
Saudara Pengarang,
RANAU : Masalah pengangguran anak-anak muda Sabah terus kritikal. Dilaporkan seramai lebih 300,000 orang Sabah yang berhijrah bekerja di Lembah Kelang sahaja dan angka ini pasti jauh lebih besar jika dicampur dengan seluruh Malaya dan Singapura.

Sementara kakitangan Malaya yang menyerbu ke Sabah terdiri dari penjawat bertaraf pegawai, Sabahan yang bekerja di Malaya adalah kebanyakannya bekerja di kilang-kilang. Dilaporkan juga bahawa ramai mereka yang hidup merempat di Malaya dan malah ada yang menghabiskan malam mereka di bawah jambatan.

Situasi ini menempatkan Sabahan setaraf dengan rakyat Indonesia, Filipina dan Bangladesh yang datang ke Malaysia sebagai pekerja asing. Amat menghairankan apabila bumi Sabah yang kaya dengan pelbagai hasil tapi rakyatnya adalah termiskin di Malaysia dan dangan kadar pengangguran paling kronik di Malaysia.

Bayangkan sahaja bila hasil cukai Sabah pada 2012 ialah RM 38 billion tetapi hasil sebanyak itu gagal menjana ekonomi negeri Sabah dan gagal menjana peluang pekerjaan yang amat diperlukan anak-anak muda. Apa tidaknya, semua hasil itu Malaya pungut melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Ironinya, semakin ramai pegawai Malaya dihantar ke Sabah. Pada tahun 1980-an dahulu, bila kita suarakan kehadiran mereka di Sabah, pemimpin kita sering buat alasan bahawa Sabahan belum layak memegang jawatan-jawatan itu.

Tapi pada tahun 2013 ini, alasan itu sudah tidak dapat diterima sama sekali. Di Ranau sahaja, saya amat yakin lebih 500 org lulusan Sarjana, sarjana muda dan diploma masih menganggur. Kalau setakat lulusan SPM, angka itu mampu mencapai ribuan orang.

Penghijrahan beramai-ramai anak muda ke Malaya adalah satu kerugian besar kepada Sabah dan Ranau. Pekan Ranau amat lembab berkembang kerana volume wang penduduk amat perlahan meningkat.

Jika peluang pekerjaan dijana d Ranau, dan katalah terdapat 5,000 orang Ranau mendapat peluang pekerjaan itu, jika mereka berbelanja RM800 sebulan, maka sejumlah RM4j wang akan dibelanjakan di Ranau sebagai tambahan kepada yang sedia ada setiap bulan. Ini pasti dapat merancakkan perniagaan dan seterusnya pembangunan di Ranau.

Untuk mengatasi masalah pengangguran di Sabah bukanlah terlalu sukar. Kerajaan BN hanya perlu tunaikan manifesto pilihan raya iaitu menghormati Perkara 20. Perkara 8 iaitu Borneonisasi hendaklah dilaksanakan serta merta supaya semua jawatan d Sabah diisi Sabahan sendiri.

Perkara 11 iaitu kuasa menungut dan mengurus hasil cukai dipulangkan kepada Sabah. Dengan hasil cukai yang terlalu besar, ia dengan mudah mampu menjana pembangunan untuk Sabah dan mampu mengubah ekonomi Sabah dalam tempoh 5 tahun.

Kerajaan BN juga perlu memansuhkan polisi kabotaj serta merta. Gara-gara polisi ini, pelabur asing seperti Jepun, China dan USA tidak berminat melabur di Sabah disebabkan kos tinggi dan masa perjalanan perdagangan perkapalan yang memakan masa panjang. Akibat kekurangan pelabur, peluang pekerjaan terbantut dan pengangguran berleluasa.

Saya menyeru kepada pemimpin-pemimpin di Ranau supaya prihatin dengan nasib anak-anak muda sekarang. Mereka perlu bersuara mendesak Perkara 20 dilaksana dan polisi kabotaj dimansuhkan serta merta.

Amat malang, Ranau yang terkenal dengan paling ramai pelajar di universiti, tetapi akhirnya mereka ini menjadi penganggur dan terpaksa bekerja di kilang-kilang di Malaya. Lebih malang, mereka ini akan menanggung hutang PTPTN selepas habis pengajian tanpa pekerjaan.

Sekian, Salam Hormat,

Ahli Jawatankuasa Negeri STAR Sabah

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment