Wednesday, June 5, 2013

Ha ha..yang cadang FB disekat ni memang layak dok dalam hutan

Hat macam ni memang layak dok dalam hutan
NGO gesa kerajaan sekat Facebook
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mesra Barisan Nasional (BN) menggesa kerajaan mengikut langkah negara Iran dan China dengan menyekat akses ke laman web sosial sekiranya langkah itu mampu membendung sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.

Menurut Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin, tindakan tersebut boleh dilakukan oleh kerana terdapat pengguna laman sosial itu yang menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci pemimpin negara,

“Memang tidak wajar menyekat penggunaan internet tetapi Facebook perlu disekat sebelum parah kerana ramai yang telah menyalahgunakan fungsi laman sosial itu dengan melakukan perkara-perkara yang di luar faedah,” katanya dipetik daripada akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian.

“Kalau boleh perketatkan lagi undang-undang siber yang sedia ada supaya tidak sewenang-wenangnya mereka melakukan jenayah di laman sosial. Tindakan tegas perlu dikenakan supaya mereka bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah,” tambah beliau.

Beliau diminta mengulas mengenai sekumpulan pengguna Facebook bertindak menghina ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.-M'insider.

Ha ha..yang cadang FB disekat ni memang layak dok dalam hutan.Pi la duduk dalam hutan.

Saya dah pi negeri China tiga kali,Beijing,ShangHai dan Yiwu sana memang tak ada FB dan Twitter.Yang ada hanya Yahoo ja.Kalau nak ikut China sangat buat saja sistem satu parti BN perintah sampai mati.Lagi senangkan haha

Siapa yang ajar rakyat jadi kurang ajar?Pemimpin jugak kan!Dulu zaman tak ada FB sapa yang hina Raja?Sapa?Sapa?Sapa yang kata Natang kat Raja?Sapa yang cabut kuasa Raja?Dua kali lima,lima kali dua.Lain kali fikir dulu sebelum cakap bukan cakap dulu baru pikir.

Hapus rasuah,salah guna kuasa,tindas rakyat miskin,hapuskan tol,turunkan harga minyak,bagi pendidikan percuma ni baru betoi bang!Haha bukan tutup FB! - MISAIMERAH

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment