Monday, June 3, 2013

GST modal untuk BR1M?


IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak menyifatkan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara ini adalah cara kerajaan untuk mengutip dana bagi merealisasikan segala janji pada PRU13 lalu.

Bendaharinya, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar berkata, BN sangat terdesak untuk menunaikan pelbagai janji termasuklah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang masih ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Menurutnya, BN mengakui perlaksanaan GST sangat memberi kesan kepada masyarakat khususnya orang miskin namun itu adalah cara untuk mereka mencari dana bagi menunaikan segala janji.

“Mereka terdesak untuk tunaikan janji-janji mereka pada PRU13 lalu terutama pemberian BR1M, oleh itu mereka terpaksa ‘merompak’ rakyat secara tidak disedari melalui cukai GST,” katanya kepada media.

Fakhrulrazi menjelaskan, perlaksanaan GST adalah strategi mudah untuk BN meluaskan kutipan cukai meskipun mereka tahu kaedah tersebut merupakan satu kezaliman kepada rakyat Malaysia.

Katanya, negara ini tidaklah terlalu terdesak untuk mengukuhkan ekonomi memandangkan Malaysia mempunyai hasil mahsul yang cukup banyak.

“Negara ini mempunyai pelbagai hasil mahsul yang boleh menjana pendapatan Negara, justeru tidaklah terlalu mendesak sampai sanggup menzalimi rakyat dengan melaksanakan satu sistem cukai yang sangat membebani rakyat.

“Jika negara ini tidak mengamalkan pemerintahan yang korup dan pemimpinnya amanah, sudah pasti ekonomi dapat dijana dengan lebih baik,” jelasnya lagi.

Kata beliau, dengan perlaksanaan cukai ini, semua rakyat terpaksa menanggungnya termasuklah golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang sudah pasti sangat terbeban lebih-lebih lagi dalam suasana kos taraf hidup yang semakin meningkat.

Justeru, beliau berkata, kerajaan dibawah pimpinan Dato’ Seri Najib Razak tidak seharusnya meneruskan hasrat untuk melaksanakan cukai tersebut.

“Cukuplah dengan beban yang telah dipikul oleh rakyat, jangan terus menzalimi rakyat dengan perlaksanaan cukai ini.

“Rakyat dalam keadaan sangat terbeban, seharusnya kerajaan mengurangkan beban rakyat, bukannya terus membebankan rakyat,” tegasnya lagi. SUMBER

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment