Friday, June 28, 2013

Gempar! Hakim Mahkamah Tinggi kes Kugan letak jawatan Mengejut!!


HAKIM MAHKAMAH TINGGI YANG MENDAPATI KETUA POLIS NEGARA BERTANGGUNG JAWAB ATAS KEMATIAN A.KUGAN SEMASA DALAM TAHANAN POLIS, MELETAKKAN JAWATAN SECARA MENGEJUT!!!!

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham, 65, telah menyerahkan surat peletakan jawatan suatu keputusan yang mewujudkan gelombang kejutan dalam kelompok profesyen pengamal undang-undang.

Ianya datang dua hari selepas beliau menyampaikan penghakiman menyabitkan terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa menjadi Ketua Polis Negeri Selangor atas kematian tahanan A. Kugan tiga tahun lalu.

Singham, sarjana muda, adalah hakim Mahkamah Tinggi yang paling kanan. Dia adalah seorang pengamal undang-undang atau peguam sebelum dilantik Pesuruhjaya Kehakiman pada tahun 2003.

Beliau telah berkhidmat di beberapa Mahkamah Tinggi Temerloh, Taiping, Ipoh, Kuantan dan terakhir Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. - Omakkau

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment