Wednesday, June 12, 2013

Gempaq!!! Zainuddin Maidin belasah adik Najib?

ZainuddinMaidin
Kalau sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani dikritik kerana bantai Utusan Malaysia. Kini adik Najib, Nazir mula menerima tempias kerana memuji Azran. Kini bekas menteri Umno, Zainuddin Maidin mula mengkritik Nazir. Dia menulis kolumnya di Utusan Malaysia hari ini bertajuk “Korporat galak sikap dan amalan anarkis”.

“Barangkali Nazir memikirkan tanpa Utusan Malaysia menyerang balas terhadap sikap melampau orang Cina, maka Barisan Nasional akan mendapat sokongan orang Cina.”

“Sebenarnya Nazir menambah masalah yang dihadapi oleh Najib dan Umno,” tambah beliau lagi.

“Pada pandangan saya, oleh kerana Nazir menganggap Azran sebagai seorang pemimpin besar kerana tindakannya itu, maka bererti beliau merestukan amalan sikap anarkis CEO atau Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dalam badan-badan korporat atau syarikat besar.

“Tentulah semangat Azran bertambah tinggi dengan sokongan Nazir, adik kepada Perdana Menteri Malaysia yang tidak memahami krisis keyakinan yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Umno,” katanya. – TheMalaysiaInsider

Zainuddin juga menyifatkan Nazir sebagai kacang lupakan kulit sama seperti Azran. Dia menyarankan Nazir dan Azran bertukar jawatan atas dasar suka sama suka demi menguatkan lagi sikap anti Melayu mereka. Katanya juga, kami amat kesal dengan kenyataan Nazir kerana membelakangkan sentimen dan sensitiviti bangsa Melayunya sendiri. - Ekeleh

Berita Penuh :
Bekas menteri Umno sertai kecaman terhadap adik Najib kerana bela CEO AirAsia X
JUNE 12, 2013

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Bekas menteri Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin, hari ini menyertai kecaman terhadap adik perdana menteri Datuk Seri Nazir Razak kerana membela Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani kerana mengkritik pendirian rasis akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia.

Dua hari lalu Nazir yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Bank Berhad memuji Azran kerana berani menyatakan pendiriannya walaupun tidak disukai ramai orang.

Azran diserang hebat oleh Utusan Malaysia dan pertubuhan Melayu berhaluan kanan sebelum ini selepas mengkritik akhbar milik Umno itu melalui akaun twitternya @azranosmanrani.

“Barangkali Nazir memikirkan tanpa Utusan Malaysia menyerang balas terhadap sikap melampau orang Cina, maka Barisan Nasional akan mendapat sokongan orang Cina,” tulis Zainuddin dalam kolumnya di Utusan Malaysia hari ini bertajuk “Korporat galak sikap dan amalan anarkis”.

“Sebenarnya Nazir menambah masalah yang dihadapi oleh Najib dan Umno,” tambah beliau lagi.

Menurut bekas menteri penerangan di zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi itu, Nazir seolah-oleh merestui tindakan anarkis sesetengah tokoh korporat.

“Pada pandangan saya, oleh kerana Nazir menganggap Azran sebagai seorang pemimpin besar kerana tindakannya itu, maka bererti beliau merestukan amalan sikap anarkis CEO atau Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dalam badan-badan korporat atau syarikat besar.

“Tentulah semangat Azran bertambah tinggi dengan sokongan Nazir, adik kepada Perdana Menteri Malaysia yang tidak memahami krisis keyakinan yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Umno,” katanya.

Ketika melancarkan prospektus AirAsia X kelmarin adik kepada Najib itu dilaporkan berkata oleh media,” sesetengah orang mungkin memikirkan Azran melampau dalam kata-katanya tetapi apakah yang dapat kita harapkan apabila kita mempunyai seorang pengerusi seperti (Tan Sri) Rafidah Aziz”.

Zainuddin yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia itu menyatakan tidak faham mengapa Nazir menganggap Azran sebagai pemimpin yang lantang dan berterus terang.

“Saya tidak tahu dalam soal apakah yang dimaksudkan oleh Nazir sebagai sikap terus terang Azran.

“Adakah tanggapannya Utusan sebagai akhbar rasis kerana menyiarkan berita ‘Apa Lagi Orang Cina Mahu’ atau ugutannya untuk menarik iklan AirAsia daripada Utusan Malaysia,” katanya.
Semalam pertubuhan bukan kerajaan Gabungan NGO Islam menyelar Nazir ekoran sokongannya terhadap Azran.

“Nazir dan Azran adalah dua contoh terbaik anak Melayu yang menepati maksud peribahasa ‘Seperti kacang lupakan kulit'.

“Justeru kami ingin sarankan agar Nazir dan Azran bertukar-tukar jawatan atas dasar suka sama suka demi menguatkan lagi sikap anti Melayu mereka,” kata Dzulkarnain Taib mewakili gabungan pertubuhan tersebut semalam.

Presiden Wartawan Muda Malaysia itu membidas Nazir kerana tidak mementingkan sensitiviti kaum Melayu sendiri, disamping mendakwa adik kepada Najib tidak pernah memahami rasa susah payah kerana dibesarkan dalam keluarga bangsawan.

“Tidak ramai orang Melayu bernasib baik seperti Nazir yang dilahirkan di dalam keluarga bangsawan.

“Kami sangat kesal dengan kenyataan Nazir kerana walaupun menerajui sebuah konglomerat bank yang terkemuka di rantau ASEAN, malangnya beliau terperangkap dalam kerangka pemikiran dan minda yang membelakangkan sentimen dan sensitiviti bangsa Melayunya sendiri,” katanya lagi.

Semenjak bulan lalu Azran turut dilaporkan menerima kritikan daripada Perkasa, kumpulan pendesak Melayu atas kenyataan kerasnya itu.

Utusan Malaysia turut menyiarkan pandangan pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan aktivis pro Umno menyelar Azran dan menggelarnya “sombong” dan Melayu yang lupa daratan.

Pengerusi AirAsia X Rafizah dan pengarahnya, Datuk Seri Kalimullah Hassan juga turut diserang daripada pelbagai kumpulan selepas kedua-duanya mempertahankan kenyataan Azran.

Pemangku Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar turut menyokong Utusan dan berkata Azran tidak akan berada di posisi sekarang tanpa “perjuangan Melayu yang dilakukan Utusan Malaysia”. MI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment