Tuesday, June 4, 2013

Gempaq!! Yang Bisu Tiba-Tiba Bersuara?

Dah tersedar dari mimpi agaknya?
MIC, MCA gesa siasat kes kematian dalam tahanan
KUALA LUMPUR, 3 Jun ― MIC dan MCA hari ini meminta kerajaan memandang serius isu kematian tahanan dalam lokap polis serta menyarankan pengwujudan mekanisme yang sewajarnya untuk memelihara hak asasi setiap tahanan.

Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel berkata tahanan juga tidak seharusnya dikurung di balai polis tempatan dan perlu segera dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Negeri masing-masing, manakala peguam perlu dilantik untuk menjaga dan melawat tahanan di lokap.

“Tahanan perlu dilayan dengan adil dan bentuk hukuman yang akan dijatuhkan terhadap pesalah perlu ditentukan oleh pihak mahkamah dan bukannya polis,” kata Palanivel dalam satu kenyataan, hari ini.

Palanivel membuat kenyataan itu ekoran tiga kematian dalam lokap dalam tempoh 11 hari baru-baru ini, kesemuanya keturunan India.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda MCA, Chong Sin Woon menggesa pihak berkuasa berkaitan supaya mendedahkan hasil siasatan kepada orang awam.

“Setelah tiga kematian dalam tempoh kurang daripada dua minggu boleh memudaratkan kredibiliti pasukan polis dan oleh itu kita tidak mampu membiarkan kes-kes ini tergantung begitu sahaja,” katanya dalam kenyataan. ― Bernama


Selepas hampir dua minggu Dharmendran mati, akhirnya polis terlibat “dalam proses” untuk digantung

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Selepas hampir dua minggu pegawai polis yang terlibat dalam kematian dalam tahanan N. Dharmendran akan digantung tugas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kementeriannya dan polis tidak akan berkompromi dengan sebarang kes di mana terdapat individu yang meninggal dunia ketika masih dalam tahanan polis.

“Ia sedang dilakukan,” katanya kepada pemberita di Putrajaya ketika ditanya mengenai tuntutan supaya penggantungan tugas terhadap pegawai yang bertugas ketika Dharmendran meninggal dunia pada 21 Mei.

Dharmendran dilaporkan ditahan pada 11 Mei dan meninggal dunia sepuluh hari kemudian pada 21 Mei ketika di dalam tahanan di ibu pejabat polis kontinjen di sini.
Pakar perubatan forensik mengesahkan kematian akibat dipukul dan bukannya penyakit semulajadi.

Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng berdasarkan laporan bedah siasat percaya kematian Dharmendran, 31, berpunca daripada pukulan berterusan yang diterima mendiang, daripada objek tumpul, serta tidak menolak kemungkinan mangsa berada dalam keadaan bergari dan tidak berdaya mempertahankan diri ketika dipukul.

Laporan berkenaan turut mendedahkan Dharmendran mempunyai 52 kesan kecederaan di seluruh tubuh badan termasuk juga kesan kecederaan akibat dawai kokot di kedua-dua cuping telinganya.
Peguam keluarga mendiang, N. Surendran, yang juga ahli Parlimen Padang Serai menegaskan, dengan dokumen laporan bedah siasat itu, mereka kini boleh mendakwa pegawai polis yang terlibat.

Menurut kumpulan hak asasi Suaram, terdapat 218 kes kematian dalam tahanan yang didakwa berlaku di Malaysia dari tahun 2000 hingga bulan ini, dengan rekod menunjukkan sembilan daripada kes tersebut berlaku pada tahun 2012, manakala lima lagi kes berlaku pada tahun ini.

Kematian Dharmendran adalah sebahagian daripada kes kematian membabitkan pihak polis, dan antara kes-kes lain yang mendapat tumpuan antaranya ialah Chang Chin Te awal tahun ini, A. Kugan dan R. Gunasegaran pada 2009, pembunuhan pelajar sekolah berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah pada 2010, dan pelbagai kes tembakan sejak dua tahun kebelakangan ini.

Satu Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penahanan Sewenang-wenang 2010 (United Nations Working Group on Arbitrary Detention 2010) yang melawat penjara Malaysia dan pusat tahanan melaporkan pada 2011 bahawa antara 2003 hingga 2007, “seramai 1,500 orang mati semasa ditahan pihak berkuasa”.

Kumpulan-kumpulan masyarakat sivil dan beberapa ahli politik daripada kedua-dua belah tanpa mengira jurang perbezaan juga menggesa pelaksanaan IPCMC bertujuan pembaharuan dalam pasukan polis sejak 2006. - TMI

Kalaulah jenis seksaan seperti itu benar-benar dilakukan oleh anggota polis terbabit di dalam tahanan polis. Mereka yang tidak bersalah pun akan menukar kepada mengaku salah. Mengapa tunggu rakyat bersama PR bising baru hendak bertindak? - SUMBER

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

1 comment:

  1. pengikut yahudi zionis(APCO) laknatullah......katakan....itulah ajarannyer.....nyawa org diibaratkan tak berharga langsung....

    ReplyDelete