Monday, June 17, 2013

Gempaq!! Tapak Hospital Bertukar "WAJAH"?

Tapak Hospital Rembau dijadikan Pusat Payung Terjun
Lawatan ke Tapak Hospital Rembau pada 15 Jun 2013 mendapati ianya dijadikan tapak latihan payung terjun atau kemungkinan luncur para (paraglider). Didapati tidak kurang 2 payung terjun cuba dikembangkan dan beberapa khemah kecil didirikan oleh peserta di hujung tapak Hospital Rembau. Adakah ini sebahagian daripada Projek Landasan Pesawat Kecil Rembau?




Landasan pesawat kecil dibina di Rembau
21 Feb 2008
Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.

“Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite.”


Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment