Saturday, June 15, 2013

Gempaq!! Mantan Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali Di Lantik Pengerusi SPR ?

Tengku Adnan Tengku MansorPilihan raya ini mesti adil ker,, sebab Pengerusinya orang yang boleh dipercayai..... Betul ker...

Jelajah penerangan pemilihan Umno bermula
PUTRAJAYA - Ahli Jawatankuasa Pemilihan Umno akan memulakan siri jelajah untuk menerangkan kaedah baharu pemilihan parti berkenaan mulai hari ini, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, ia bertujuan memberi penerangan kepada setiap anggota di peringkat akar umbi.

"Menerusi kaedah baru itu akan diwujudkan hari pencalonan untuk jawatan tertinggi parti dan hari pemilihan," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat mengenai perkhidmatan bas Nadi Putra oleh Syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd (PAPSB), di sini, semalam.

Beliau yang juga anggota jawatankuasa itu berkata, semakan senarai calon akan dibuat sebelum nama-nama tersebut diumumkan untuk membolehkan kira-kira 150,000 anggota di peringkat cawangan dan bahagian membuat pengundian.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, mengumumkan pemilihan Umno kali ini akan dilaksanakan dengan mengguna pakai perlembagaan baru parti yang membuka peluang kepada hampir 500,000 anggota di peringkat akar umbi menentukan pucuk pimpinan parti.

Pemilihan akan dijalankan selepas mesyuarat peringkat bahagian dan sebelum perhimpunan agung parti.

Satu jawatankuasa pemilihan diketuai bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali ditubuhkan untuk menerangkan kaedah pemilihan baru berdasarkan perlembagaan parti yang dipinda pada 2009 itu.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata pihaknya telah mengeluarkan surat untuk setiap cawangan bermesyuarat yang dijadual diadakan bermula 15 Julai hingga 30 Ogos ini.
Namun, katanya, tarikh pemilihan bahagian dan pusat masih belum ditetapkan kerana menunggu maklum balas daripada jawatankuasa pemilihan memilih tarikh yang sesuai. - Bernama
Boleh pakai ke demer punya SPR ni.... lepas pemilihan bergaduh lagi ler,,,sekarang ni pun dah bergocoh sakan... he he.. ka;au dulu MIC mesyuarat baling kerusi,, umno pun mewarisi MIC ... tak ada apa yang nak dihairankan lagi... - MM

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment