Monday, June 17, 2013

Gempaq!! Malaysiakini kena "BAN"?


M'kini dilarang hadiri sidang media Ahmad Maslan
Malaysiakini hari ini dilarang daripada menghadiri sidang media Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Persekutuan (KWSP) di Kuala Lumpur.

Walaupun dibenarkan menunggu di bilik lounge bersama pengamal media lain yang sedang menunggu Ahmad, pemberita kemudian dimaklumkan bahawa Malaysiakini tidak dibenarkan menyertai sidang media itu.

Sidang media itu dijadual berlangsung selepas lawatan kerja Ahmad di ibu pejabat KWSP.

Langkah ini bukan kali pertama. Malaysiakini sebelum ini tidak dibenarkan menyertai sebarang acara Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra dan ibu pejabat Umno.

Di ibu pejabat Umno, portal berita ini dilarang memasuki bilik pemantauan pilihan raya pada 5 Mei. Malaysiakini juga pernah dilarang menyertai perayaan ulang tahun Umno di PWTC tidak berapa lama selepas pilihan raya umum. - MK

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment