Sunday, June 16, 2013

Gempaq!!! Kereta terbenam 6 meter akibat dari Runtuhan rod penebat kilat menara UMNO

Temui kereta terbenam 6 meterTemui kereta terbenam 6 meter
GEORGETOWN - Pekerja pembersihan menjumpai serpihan kereta yang dipercayai jenis Honda City berwarna gelap yang terbenam di bawah konkrit yang menghempas jalan raya membentuk kawah berikutan runtuhan penebat Kilat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu kira-kira jam 5.20 petang ini.

Menurutnya, pekerja pembersihan menjumpai bahagian depan kereta itu dan enjin yang mempunyai nombor casis.

Sebelum ini, pihak polis menerima satu laporan mengenai seorang lelaki berusia 44 yang dipercayai hilang pada hari kejadian keruntuhan rod penebat kilat menara UMNO, di Jalan Macalister, Khamis lalu.

Difahamkan, lelaki itu juga menaiki kereta jenis yang sama pada masa kejadian.

Keluarga mangsa turut berada dilokasi kejadian menunggu kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang diteruskan sehingga kini.
Sinar Harian difahamkan, masa kejadian mangsa dalam perjalanan untuk membawa anaknya pulang dari sebuah sekolah dekat situ.

Mangsa dipercayai tidak pulang dan dipercayai hilang selepas hari kejadian. - SH

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment