Monday, June 24, 2013

Gempaq!! #Black505 Huru Hara Semasa Pemilihan Speaker Dewan Rakyat +Video & Gambar2 sekitar Tangkapan di luar Parlimen


Aktivis berbaring depan Parlimen, 26 ditahan
Sekumpulan kira-kira 300 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok pagi ini mengadakan perhimpunan di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen.
Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.

Polis turut menahan seorang dari aktivis berkenaan, aktivis siswa Mohd Safwan Anang, dalam kejadian pada kira-kira 11.10 pagi itu.

Susulan itu, sebilangan lagi peserta perhimunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Adam Adli.

Seorang MP Pakatan Khalid Samad turut muncul pada kira-kira jam 11.50 pagi untuk menenangkan peserta perhimpunan dan untuk menerima memorandum kumpulan terbabit.

Dalam ucapannya, MP Shah Alam itu berkata beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat.

Beliau turut meminta agar peserta berkenaan beredar selepas menerima memorandum terbabit.

Sementara itu ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang ditemui Malaysiakini mengesahkan bahawa 26 orang ditahan dalam perhimpunan tersebut.
Kumpulan berkenaan, yang antara lainnya dipimpin aktivis siswa Adam Adli mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berkenaan sejak jam 10 pagi ini.

Keadaan bertukar tegang kira-kira sejam kemudian apabila kumpulan tersebut cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.
KUALA LUMPUR: 26 aktivis ditahan sehingga jam 12.00 tengah hari ini sewaktu mengadakan protes di hadapan pintu masuk Parlimen termasuk Safwan Anang, Ekhksan Bukhari serta Akram Ahmar.Mereka kini dibawa ke IPD Dang Wangi.

Mereka adalah antara lebih 50 anak muda yang mengadakan protes di hadapan parlimen hari ini bagi mendesak pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakan jawatan.
INI BARU NAMA DEMO!..... 50 aktivis berbaring di depan Parlimen
Ada di antara mereka berbaring di tepi jalan menuju ke pintu masuk bangunan parlimen sementara menunggu rakan-rakan mereka yang lain menyerahkan memrandum kepada ahli-ahli parlimen.

Mereka mula mengadakan protes ini kira kira jam 9 pagi. Kumpulan ini terdiri dari gabungan NGO anak muda yang sejak kelmarin berkampung dalam khemah di Padang Merbok sejurus tamatnya Himpunan Aman Black 505.
Antara kumpulan itu termasuklah GM13, NGO Royalti, Asalkan Bukan Umno (ABU), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) antara yang terlibat dalam protes ini.

Antara tuntutan yang diminta oleh anak muda ini termasuk mendesak SPR diletakkan di bawah parlimen, menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat peranan SPR dan jabatan pendaftaran negara atas isu yang berbangkit pada PRU lalu.

Selain itu mereka turut menunut parlimen membincangkan tentang penipuan dakwat kekal dan perletakan jawatan dan permohon maaf secara terbuka oleh pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Sementara itu, kumpulan mereka yang berkumpul dihadapan pintu masuk bangunan parlimen dihalang oleh pihak polis apabila cuba untuk memasuki kawasan parlimen.

Sebelum ini, berlaku sedikit pergelutan antara beberapa anggota kumpulan itu dengan pihak polis. Polis turut menahan tiga daripada mereka termasuk aktivis pelajar Safwan Anang, Ekhksan Bukhari serta Akram Ahmar.
Aktivis R , Lan, patah kaki ditendang Polis semasa operasi tangkapan di Parlimen
Antara 26 individu yang ditahan oleh PDRM sebentar tadi di hadapan parlimen.
altPeserta Black 505 Ditahan : Seorang Polis Tercedera
KUALA LUMPUR 24 Jun - Seorang anggota polis dilaporkan tercedera dalam satu kejadian demonstrasi di hadapan pintu masuk Parlimen di sini pagi tadi.

Kejadian berlaku setelah pihak polis sedang mengawal sekumpulan kecil penyokong Blackout 505 yang enggan bersurai dari lokasi tersebut.
alt
Peserta himpunan tersebut mula berkumpul di Parlimen selepas bergerak dari Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai isu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
alt
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan seramai 26 peserta demonstrasi ditahan dalam perhimpunan tersebut termasuk beberapa yang lain tampil untuk menyerahkan diri.

Kumpulan tersebut dikatakan akan berkumpul semula di Padang Merbok bagi satu sesi taklimat pada petang ini.







Huru Hara Semasa Pemilihan Speaker Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi penggal kedua pada hari pertama sesi ke-13 sidang parlimen.

Beliau dilantik selepas memperolehi 133 undi berbanding bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat 89 undi selepas pengundian secara rahsia dijalankan.

Setiausaha Parlimen Datuk Rosmee Hamzah mempengerusikan acara berkenaan.

Pelantikan semula Pandikar Amin dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak manakala Abdul Kadir dicalonkan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga adalah Menteri Besar Selangor.

Bagaimanpun, berlaku sedikit kekecohan, apabila pembangkang dilihat tidak berpuas hati dan mempertikaikan cara pengundian yang dilakukan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, bangun memulakan bantahan berikutan kertas undi itu memerlukan ahli Parlimen menulis nama.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut bangun membacakan peraturan 4 itu yang sepatutnya undi dibuat secara rahsia. Keadaan dewan semakin gamat apabila Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa tindakan itu berikutan ketidakpercayaan Perdana Menteri terhadap ahli parlimen BN.

Dewan turut diselangi gelak tawa apabila ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin bangkit menyelar tindakan ahli parlimen pembangkang.
"Apa masalah tulis nama?" katanya dengan nada jenaka.

Bagaimanapun, bantahan itu tidak boleh diterima berikutan semua ahli parlimen masih belum mengangkat sumpah semasa pemilihan dilakukan.

Sejurus menduduki kerusi Yang Dipertua, Pandikar Amin menasihatkan semua ahli parlimen agar bersikap lebih rasional setelah diberi mandat oleh rakyat dan beriltizam membuat kerja dengan bersungguh-sungguh.

INI PULA,SIAPA HARUS DISALAHKAN DLM KES INI ...
Mereka ini merupakan warga asing yg berkerja sebagai pengawal keselamatan. mereka ditahan oleh pihak berkuasa dari jabatan imigresen dibawah kementerian dlm negeri. lesen ajensi kawalan keselamatan juga dikeluarkan oleh kementerian dlm negeri.

Mereka inilah yang dibenarkan tahan anda dan minta periksa MyKad anda. Pelek juga ya! pendatang haram boleh check kita punya MyKad macam negara ini bapak dia punya!!!!

Ramai yang masih tidak tahu bahawa warga asing tidak boleh berkerja sebagai 'Pengawal Keselamatan' kecuali bekas tentera gurkha dari nepal itu pun dengan kebenaran bertulis dari kementerian dlm negeri...

....dan sepatah nasihat daripada Pi M...
cheers.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment