Sunday, June 9, 2013

Cuba tanya Zul Kulim undang-undang hina agama lain macam mana +Video


Apabila katak berbunyi sudah tahu apa tujuannnya
Jawatan khas dakwa penderhaka perlu diwujudkan
Mahkamah khas dan pendakwa raya khas perlu diwujudkan untuk mendakwa "penderhaka" jika kerajaan berminat untuk menggubal undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada raja.

Peguam dan juga ahli politik Datuk Zulkifli Noordin berkata, wujudnya jawatan baharu ini akan dapat mengelakkan wujudnya konflik kepentingan kerana Pejabat Peguam Negara mewakili kerajaan manakala pendakwa raya khas itu boleh mewakili institusi Diraja.

"Tidak sesuai jika Peguam Negara menjalankan pendakwaan bagi pihak raja," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau menyokong cadangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang mahu kerajaan mewujudkan satu undang-undang khas mengenai kesalahan derhaka kepada raja.

Katanya, sistem perundangan Malaysia perlu diubah untuk disesuaikan dengan undang-undang penderhakaan ini.

"Sudah sampai masanya pendakwaan dibuat oleh seorang pegawai undang-undang yang mahir dalam perundangan kerana selama ini, kadang-kala pendakwaan dibuat oleh pegawai polis dan ini mempunyai beberapa kelemahan," katanya.

Katanya, sehingga sekarang, tidak ada satu pun peruntukan undang-undang yang membicarakan secara khusus mengenai kesalahan penderhakaan.

Sekarang ini, mereka yang dikatakan menderhaka akan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 atau pun di bawah Kanun Keseksaan, katanya.

"Masalahnya undang -undang sedia ada sekarang ini tidak mempunyai definisi khusus tentang kesalahan penderhakaan ini," katanya.

Zulkifli juga melontarkan idea bahawa satu Mahkamah Khas diadakan untuk membicarakan kes-kes penderhakaan yang dianggap serius dan hukuman yang dikenakan mestilah berat supaya rakyat tahu kepentingan kuasa raja.

Cadangan untuk penggubalan undang-undang khas ini mula timbul selepas beberapa kes penghinaan rakyat ke atas institusi raja negara ini ekoran kegagalan orang ramai memahami kuasa dan fungsi raja bagi Malaysia. - Bernama
Cuba tanya Zul Kulim undang-undang hina agama lain macam mana.Awat langgar ikut dan ja?Apa sebab katak berbunyi tentu ada sebabnya.Dulu bodek melambung-lambung dapat jadi calon Umno-BN di parlimen Shah Alam tapi kalah teruk..Umno Shah Alam pun tak mau kat Zul..La ni dok riuh itu ini..awat teringin nak jadi Senator ka haha  MISAIMERAH

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment