Monday, June 24, 2013

#Black505 Video & Gambar Terkini : Padang Merbok Berjaya Dipertahan Untuk Malam Kedua!

Kenyataan Umum
23 Jun 2013 - 7.30pm
Alhamdulillah, Padang Merbok Berjaya Dipertahan Untuk Malam Kedua!

Walaupun telah diberi notis oleh DBKL supaya menutup khemah pada jam 10 pagi tadi, namun tiada sebarang tindakan diambil sehingga kenyataan ini ditulis. Notis tersebut memberi masa kepada peserta protes selama dua jam dan sepatutnya berakhir pada jam 12.15 tengahari tadi.
Ini satu perkembangan yang sangat positif dan khemah terus bertambah mengikut kadar kehadiran orang ramai yang juga bertambah. Kejayaan untuk dapat bermalam lagi sehari iaitu malam kedua di Padang Merbok ini pastinya mengundang lebih ramai peserta. Sekitar petang tadi juga menyaksikan cuaca jerebu bertambah baik dan orang ramai juga dijemput untuk bersama-sama bermalam di Padang Merbuk.
Protes NGO #SuaraRakyat505 yang mensasarkan SPR meletakkan jawatan kerana penipuan PRU-13 ini dijangka akan membuat keputusan mengejut dalam satu sidang media tergempar pada jam 9.15 malam ini. Semua wakil media dijemput untuk membuat liputan dan memberi bantuan hebahan secara maksima.

Sesungguhnya melawan kezaliman dan penindasan adalah satu aksi yang dituntut khususnya apabila demokrasi terus dicabul. Inilah masanya untuk mencipta sejarah, inilah detik terbaik untuk memberi tekanan terbesar kepada pemerintah yang menipu untuk terus berkuasa. Atau kita selamanya terus ditipu dan membenarkan negara ini dijarah oleh bangsa elitis bangsawan.

Bangun dan terus lawan kerana akhirnya dunia ini milik anak muda

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

TERKINI : Orang semakin ramai. Pintu masuk di jalan belakang telah dibuka dan orang ramai menderu masuk. Ini kuasa rakyat dgn izinNya.

Ramai pemimpin juga hadir, termasuk YB Tian Chua, YB Siva, Dr. Nasir, ketua2 NGO, Ketua pemuda PAS pun hadir. Nampaknya sejarah malam ini (dan esok) tidak mahu dilepaskan untuk turut disertai! Ayuh yg lain, datang pdg merbok bersama kita cipta sejarah besar! Sebarkan berita ini secara maksima!

- Solidariti Anak Muda Malaysia
Jam 0028 .. YB Nurul singgah bagi sokongan moral

YB Ustaz Nik Mohd Abduh turut hadir memberikan ucapan semangat


Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular