Monday, June 24, 2013

Berita yg membuatkan anda SESAK NAFAS di Negara Islam 1Malaysia!!

Tak boleh sekat mualaf Islamkan anak
SHAH ALAM - Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini, mengecam tindakan Majlis Peguam Malaysia kerana menghalang ibu bapa yang berstatus mualaf dalam menentukan anutan agama anak-anak mereka yang masih berusia di bawah 18 tahun.

Menurut Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, isu pengislaman anak-anak mualaf tidak melanggar aspek kebebasan beragama dalam Perlembagaan seperti yang dipertahankan Majlis Peguam yang beranggapan ia telah melanggar prinsip kebebasan beragama di negara ini.

“Majlis Peguam mendakwa perkara itu melanggar beberapa aspek kebebasan yang termaktub dalam Perkara 12 (3) dan 12 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya yang dipetik dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas isu tersebut yang berbangkit apabila seorang saudara baru di negeri Sembilan mendaftarkan pengislaman anak beliau baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa status keislaman seseorang itu tertakluk di bawah kuasa Mahkamah Syariah yang mempunyai kuasa untuk memutuskannya.

“Mahkamah Sivil, Mufti, Majlis Agama negeri-negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara tidak mempunyai sebarang bidang kuasa untuk menukar dan meminda status Islam mana-mana individu.

“Kedudukan undang-undang itu telah dijelaskan melalui keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani lawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 2006,” katanya.

Dalam Perkara 12 (3) dan 12 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan, istilah 'parent' adalah cukup bermaksud dengan salah seorang iaitu ibu atau bapa.

Tambahnya lagi, arahan Kabinet 2009 seperti yang didakwa Majlis Peguam, tidak mempunyai sebarang nilai dan tidak boleh meminda apa-apa yang telah diputuskan oleh mahkamah.

Tegasnya, berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali Ke-87 yang bersidang pada 23-25 Jun 2009, apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.

“Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa penjaganya tidak perlu dipinda,” katanya.

Dalam isu itu kata Zainul adalah jelas bahawa keputusan tersebut telah disandarkan pada asas yang kukuh dan bersesuaian dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan sebagaimana termaktub pada Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

“Semua pihak termasuk Jemaah Menteri, Majlis Peguam dan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCSHT) perlu akur dengan hakikat ini dan tidak boleh mencari ruang untuk memanipulasi kedudukan ini atas nama kebebasan dan hak asasi manusia,” katanya.

“Oleh yang demikian PPMM mengingatkan semua pihak jangan cuba membuat kontroversi isu sebegini, hal ini haruslah diselesaikan oleh kedua belah pihak secara berhemah.

“Hormatilah penghakiman yang telah diputuskan oleh Mahkamah tertinggi negara,” tegasnya. ~ SH

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment