Friday, June 21, 2013

Berita Baik !! Larian Olimpik Ditunda Kerana Jerebu, Membuka Peluang Kepada PR Untuk Meneruskan Perhimpunan 505

Larian Hari Olimpik pada Ahad ini yang menggunakan Padang Merbok Kuala Lumpur ditunda ekoran masalah jerebu yang melanda negara ini.

Ia sekali gus dilihat membuka peluang kepada Pakatan Rakyat yang berkeras mahu menggunakan kawasan itu untuk perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya Black 505 di tempat itu pada Sabtu ini.

Sebelum ini, penganjuran larian itu - yang akan menggunakan kawasan itu bermula Sabtu - menjadi alasan penolakan permohonan Pakatan menggunakan tempat sama.

Penangguhan larian itu diumumkan di laman Facebook Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebagai penganjur dan McDonald's Malaysia sebagai penaja acara sukan itu.

"Sehubungan itu, setelah berbincang dengan MOM, kedua-dua McDonald's Malaysia dan MOM telah mengambil keputusan untuk menunda Larian Hari Olimpik yang dijadualkan pada 23 Jun 2013, memandangkan aktiviti luar yang berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan," menurut kenyataan itu.

Pengurusan jenama makanan segera popular itu juga mengumumkan, kesihatan dan kesejahteraan semua peserta, termasuk kanak-kanak yang dijangka menyertai acara itu menjadi keutamaan mereka.

Maklumat lanjut berhubung acara itu akan diumumkan kemudian. mk

Larian Hari Olimpik di Padang Merbok Ahad ini batal?
PETALING JAYA: Beberapa acara sukan yang dijadual diadakan hujung minggu ini terpaksa dibatalkan akibat jerebu.

Pembatalan itu termasuk Larian Hari Olimpik yang dijadualkan berlangsung di Padang Merbok Ahad ini.

Larian yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu dijangka menarik antara 2,000 hingga 3,000 pelari.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, pembatalan yang berpunca daripada senario luar jangka ini terpaksa dibuat demi faktor kesihatan.

Acara-acara lain termasuk Jelajah Berbasikal Malaysia (26-30 Jun) dan perlawanan bola sepak Liga-M (21-22 Jun).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Jumaat untuk membuat keputusan bagi menangguhkan perlawanan Liga-M.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beberapa perlawanan yang dijadualkan pada Jumaat dan Sabtu boleh ditangguhkan akibat jerebu.

"Kami sedar tentang keadaan, terutama di Johor dan Singapura, yang merupakan kawasan yang paling teruk. Kami akan membuat keputusan esok (Jumaat)," kata Hamidin. -mStar

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment