Thursday, June 6, 2013

Apakah tindakan saya sebagai Exco Agama dalam tangani isu arak, judi, pusat hiburan.


Exco baru untuk Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi akan mengambil pendekatan penerangan dalam melaksanakan tugasnya.

"Bagi saya program penerangan adalah amat penting bagi memberi kesedaran kepada umat Islam. Mengapa Islam melarang kita minum, menjual, mempromosi arak, pergi tempat pusat hiburan.

"Ini adalah kerana untuk mengelak berlakunya gejala sosial, keruntuhan akhlak, ketuntuhan rumahtangga, berlakunya zina, pembuangan bayi dan sebagainya," kata Sallehen Mukhyi dalam sidang media pertama di pejabat SUK Selangor hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta agar rakyat Malaysia mengubah cara pemikiran bagi tangani masalah isu arak, judi, pusat hiburan melalui Exco Hal Ehwal Islam.

Beliau berkata, semenjak mengangkat sumpah sebagai Exco, berbagai soalan yang dimainkan oleh rakyat dan media bagi menangani isu ini.

"Antara soalan yang sering dipersoalkan apakah tindakan saya sebagai Exco Agama dalam tangani isu arak, judi, pusat hiburan. Apakah Hudud perlu dilaksanakan di negeri Selangor.

"Bagi saya rakyat perlu ubah cara pemikiran tersebut kerana untuk tangani isu berkenaan ia perlu memberi kefahaman terlebih dahulu kepada seluruh rakyat termasuklah kepada non-muslim agar mereka faham apakah yang di maksudkan hudud dan lain-lain.

"Siapakah yang layak menerima hudud. Siapakah yang mempunyai kuasa menutup kilang arak dan sebagainya," kata beliau.

Sallehen yang menang dalam pilihan raya lalu di Dun Sabak dilantik sebagai Exco bagi mewakili PAS dalam penggal ini. Selain beliau, tiga Exco PAS sebelum ini dilantik semula. Mereka adalah Dr Halimah Ali, Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus.

Bagi Sallehen, kerja penerangan ini pula memerlukan penglibatan semua pihak bukan hanya Exco Agama sahaja bahkan juga para ustaz dan alim ulama.

Sallehen menjelaskan lagi, bagi tangani isu arak, rampas lesen arak, tutup pusat hiburan bukan kuasa Exco Agama dan kerajaan negeri Selangor sepenuhnya tetapi ia dibawah pengurusan pihak berkuasa di peringkat Pusat dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

“Kita tidak ada kuasa sepenuhnya menutup tempat hiburan, rampas lesen arak. Tetapi kita akan bantu PBT dan lain-lain untuk tangani isu ini dari semasa ke semasa dengan mengadakan perbincangan bersama demi kepentingan umat Islam di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau menjelaskan, pihak kerajaan negeri tidak ada mengeluarkan lesen baru untuk tutup pusat hiburan, menjual arak untuk penggal lalu.

"Namun saya difahamkan semasa zaman pemerintahan kerajaan Umno dulu lagi ada lesen quata lama di keluarkan untuk arak dan sebagai," jelas beliau.

Islam, katanya, memang melarang umatnya mengambil arak, pergi tempat yang mendekati zina iaitu pusat hiburan.

Maka dengan itu program penerangan agama ini perlu di laksanakan di institusi masjid, edaran risalah dan sebagainya agar rakyat Malaysia faham dengan jelas.

"Insya Allah perbincangan bersama PBT, dan badan berwajib akan diadakan dalam tangani isu berkenaan dengan baik agar tidak melukai hati mana-mana pihak kerana di Malaysia kehidupannya adalah berbagai bangsa dan agama yang perlu di hormati," jelasnya lagi.

Sumber : Harakahdaily

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment