Thursday, June 20, 2013

Agenda Melayu yang disembunyi oleh UMNO

Zaid Ibrahim menulis mengenai agenda Melayu yang mesti diditakrifkan semula. Redefining the Malay Agenda. Ianya suatu tulisan yang menyindir pemimpin2 UMNO supaya jangan lagi berfalsafah mengenai agenda Melayu. Atau mencari kambing hitam bila ahli UMNO gagal melihat bahawa masaalah mereka disebabkan oleh pimpinan UMNO sendiri.

Begini lah nasib orang Melayu. Agenda nya berterusan diberi makna yang baru, tapi keadaan tidak juga berubah. 8.7 juta Melayu hidup dengan pendapatan RM1500 sebulan. 7 juta sudah menerima BR1M kerana mereka berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Melayu tetap dengan keperangaian ke2 mereka yakni kemiskinan. Kemiskikan itulah sifat yang terutama lagi utama. 80 tahun lebih semenjak Zaaba menulis perihal kemiskinan orang Melayu, UMNO gagal menyelesaikan agenda utama Melayu.

Dan pemimpin UMNO tidak habis2 berdebat dan menjerit mengenai agenda Melayu. Hello- agenda Melayu bukan lah menjaga bahasa Melayu, menjaga agama Islam mereka, menjaga institusi raja2 mereka. Ini adalah topeng yang digunakan oleh puak feudal UMNO. Selagi orang Melayu ada dan saluran penyampaian tetap menggunakan bahasa Melayu- hiduplah bahasa mereka. Tengku Aziz dan Nazir Razak berkomunikasi sentiasa dalam bahasa Inggeris, tidak ada pun UMNOnistas menjerit terpekik terlolong.

Agenda utama ialah memerangi kemiskinan, mencari kerajaan yang komited kepada menyelesaikan masaalah Melayu, mencari pimpinan yang mendahulukan kepentingan rakyat. Ini dia agenda Melayu yang sebenarnya. Dan kita gunakan landasan apa sekali pun untuk menghebahkan agenda Melayu yang sebenar.

Saya ahli parlimen DAP- fakta ini tidak menyekat saya mendedahkan masaalah ribuan Melayu di daerah Raub yang hidup dan mati diatas tanah mereka tanpa diberi hakmilik. Dan mereka berkeadaan demikian semenjak tahun 1969. Kenapa? Kerana pimpinan Melayu UMNO sibuk mengagihkan tanah sesama sendiri dan sibuk mencari kawasan balak.

Ianya tidak menyekat saya memperjuangkan orang Melayu yang sangat memerlukan perumahan kerana mereka duduk digerobok usang. Jumlah mereka ribuan di Raub dan fakta nya disembunyikan oleh pemimpin Melayu UMNO kerana mereka mahu menjaga imej dan kerana penipuan dan kemalasan mereka. Ia tidak menyekat saya mengadakan siri bertemu dengan rakyat dikedai, di pasar dan diserata tempat kerana pemimpin Melayu UMNO telah lama menghilangkan diri tidak kelihatan wajah mereka. Ia tidak menyekat saya mendengar rintihan Melayu berdepan dengan malapetaka banjir kerana pemimpin Melayu UMNO, pemimpin Melayu JKKK lepas tangan tidak mahu berkerja.

Kenapa? Kerana saya tetap melayu dan tanggung jawab saya ialah menjuarai kepentingan dan masaalah Melayu. Pemimpin Melayu UMNO menjuarai kepetingan puak mereka sahaja.
Mesej kita- berhentilah pemimpin Melayu UMNO dari bermunafik mengenai agenda Melayu.

Yang miskin dikeluarkan dari kemiskinan. Agenda nya ialah mengurangkan Melayu sebagai penerima bantuan kebajikan. Menyekat yang datang selepas jenerasi pertama anak kebajikan dari mewarisi kebajikanan. Yang tidak ada hakmilik tanah diberi hakmilik.

Pemuda yang tidak bertanah diberi tanah supaya mereka boleh berdikari dan memperolehi maruah. Yang tidak berumah diusahakan memilik rumah yang decent. Ini dia agenda Melayu yang hanya dicapai menerusi kerajaan yang komited, pimpinan yang kmomited.

Dan masaalah2 ini tidak kena mengena dengan kaum lain. Apakah UMNO menyelesaikan masaalah ini dengan menyalahkan kaum Cina? India? Yang mengayakan Cina dan India ialah Mahathir. Dr Mahathirlah yang menjahanamkan kaum Melayu. Malaysia sudah mampu menjadikan Mahathir tidak relevan lagi. Yang megayakan mereka ialah mereka berkerja kuat dan menabung dan melabur. Perlakuan ini tidak boleh kita persalahkan dan kita berkelahi mengenai nya.

Dan Najib tidak boleh berbuat apa apa mengenai perkara ini kerana Najib berada dalam poket Mahathir. Najib akan meneruskan dasar Mahathir dan penerusan nya akan menyebabkan kesengsaraan bangsa Melayu berterusan.

Yang set dan menetapkan agenda Melayu bukan UMNO lagi. UMNO malas, korap dan dipimpin oleh gerombolan penyamun dan perompak. UMNO sudah hilang monopoli keats menentukan apa agenda Melayu. Tanggung jawab tersebut dalam tangan kita orang Melayu sendiri bukan UMNO.

Dalam PRU yang lalu, lebih ramai orang Melayu secara keseluruhan nya menolak UMNO. Calun2 UMNO hanya mendapat sekitar 2.7juta undi Melayu secara lansung daripada 3.2 juta undi yang di perolehi mereka. Melalui calun2 bukan UMNO, daripada 2 juta undi, orang melayu yang menyokong calun2 MIC, MCA dan lain2 kerabat BN hanya mungkin 30%. Iaitu 600,000. Ini bermakna jumlah kesemua Melayu yang menyokong BN sekitar 3.2-3.3 juta.
Keadaan orang Melayu setelah lebih 50 tahun di pimpin oleh parti UMNO yang feudal tidak berubah. (1) yang meraung kerana miskin ialah Melayu. Pendapatan mereka masih kecil berbanding dengan kaum lain. (2) yang menerpa meminta bantuan kebajikan setiap kali mala petaka dan bencana alam melanda ialah orang Melayu. (3) yang menderita hidup mendiami rumah using ialah Melayu.

Dan Melayu sekali lagi dipertontonkan sandiwara dan lakukan Agenda Melayu bila UMNO bersidang tahun ini. Objektif pertama ialah menutup kegagalan sendiri dengan menyalahkan orang lain.

Pentas nya sudah pun disediakan oleh Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Dengan menyalahkan orang Cina, pemimpin UMNO menghantar mesej bahawa mala petaka yang menimpa orang Melayu disebabkan oleh kebiadapan orang cina. Dan orang Cina biadab sebab mereka sudah diDAPkan. DAP tiba2 menjema semula sebagai parti yanf rasis. MCA yang lebih banyak menjahanamkan orang Melayu tidak pula disebut sebagai parti rasis? Cuba tanya kenapa? Sebab pemimpin Melayu UMNO bersaudara dengan Cina MCA dalam merompak dan melanun negara ini. - sakmongkol

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment