Friday, May 10, 2013

Tiada sebab DAP menyertai BN

Cadangan setengah pimpinan BN meminta DAP menyertai BN adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku kerana ia akan memecahkan sepakatan dalam Pakatan Rakyat. Jika DAP menerimanya ia sekali gus membuktikan yang DAP hanya mementingkan kuasa dalam kerajaan. DAP akan hilang identitinya dan bukannya parti yang yakin terhadap perjuangan yang telah sama-sama dipersetujui dari awal dengan rakan-rakan kongsi dalam PR.

Saya akan memberi komen sepintas lau sahaja kerana saya tidak berfikir sebelum ini untuk melihat DAP akan bersama dengan BN untuk membentuk kerajaan. DAP mahukan kuasa yang ‘legitimate’ dari undian pengundi-pengundi dalam pilihanraya yang lalu bersama parti-parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Tindakan mana-mana pihak untuk mencadangkan penyatuan DAP dengan BN itu merupakan usaha untuk memecahkan Pakatan Rakyat dan ini merupakan satu tektik politik pihak lain untuk menghancurkan sepakatan diantara parti-parti dalam PR. Jika DAP menyertai kerajaan bersama BN maka ia akan memulakan kejatuhan DAP dari mendapat sokongan rakyat. DAP sepatutnya berada dalam keadaan yang telah ditentukan rakyat dalam PRU yang lalu.

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh kedua-dua belah pihak ialah kerjasama yang baik dalam banyak isu-isu negara seperti rasuah, salah guna kuasa, perundangan, dan apa-apa sahaja yang memberikan kebaikan terhadap rakyat. Parti yang memimpin tidak semestinya berada dalam kerajaan. DAP telah ditentukan tempatnya oleh rakyat iaitu menjadi parti pembangkang jika kita lihat dan baca dari kehendak rakyat dalam pilihanraya yang lalu.

Seorang imam itu belum tentu mampu menaikan doa kepada Allah swt. Imam hanya mengetuai ‘congregation’ muslim dalam solat berjemaah. Yang mungkin menyampaikan doa kehadirat Allah itu mungkin salah seorang makmum yang dikasihi Allah yang berdiri dibelakang imam itu. Itu sebabnya kita digalakan bersolat dalam jumlah jemaah yang ramai kerana kemungkinan ada dikalangan yang ramai itu mampu untuk menyempaikan doa itu adalah besar.

Jika DAP merupakan parti yang berintergriti ia tidak boleh berada di dalam kerajaan yang selama ini di tuduh rasuah dan sebaginya. Kerjasama dari luar BN itu mungkin jalan yang palig baik untuk melakukan keadilan dalam pemerintahan kerajaan BN itu. DAP mungkin belum sampai masanya untuk menjadi parti yang bersama-sama berkuasa dalam kerajaan tetapi parti itu mampu berkerjasama dalam pembentukan dasar untuk kebaikan semua.

Jika DAP mahu mahu berada di dalam kerajaan, ia terpaksa berusaha sekali lagi bersama parti Keadilan Rakyat dalam PRU yang akan datang dan jika salah satu parti meluluskan kehendak sendiri sahaja. Justru itu, kerjasama diantara barisan pembangkang untuk mengambil alih kepimpinan BN tidak akan terjadi setidak-tidak selama 20 tahun lagi dari saat DAP mentyertai BN itu. Dengan secara beransur-ansur DAP akan menerima nasib seperti nasib yang sedang dialamai oleh MCA sekarang ini.

Orang ramai akan menganggap DAP itu 2 kali 5 sahaja dengan parti-parti dan pemimpin-pemimpin yang selama ini dianggap sebagai gila kuasa dan gila glamour.

Saya percaya DAP tidak mahu namanya tercalar seperti itu walaupun ada seorang dua dikalangan pimpinan parti itu yang sudah berangan-angan untuk merasakan kuasa itu selepas pilihanraya yang lalu. -  ASPAN ALIAS

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment