22 Mei, 2013
YDH Dato’ Abd Rahim Bin Haji Hanafi
Ketua Polis Negeri Pulau Pinang
Pejabat Ketua Polis
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang
10760 Jalan Penang
PULAU PINANG
Dato’,
LAPORAN POLIS
1) NO. REPOT : JELUTONG/003044/13, 18 APRIL 2013
PENGADU : PUAN LEE AH GAIK
2) NO. REPOT : JALAN PATANI/005096/13, 4 MEI 2013
PENGADU : ENCIK OH KHENG KWANG
3) NO. REPOT : TDPI/000262/13, 21 MEI 2013
PENGADU : ENCIK LOW CHIA MING
4) NO. REPOT : TDPI/000263/13, 21 MEI 2013
PENGADU : ENCIK ROZAIMIN BIN ELIAS
5) NO. REPOT : TDPI/000264/13, 21 MEI 2013
PENGADU : ENCIK LAI THIEM WAH
Saya merujuk kepada lima (5) laporan polis di atas yang membabitkan lapan (8) orang mangsa keganasan politik samseng penyokong BN iaitu tiga (3) orang awam – Encik Teoh Hock Choon, Encik Oh Kheng Kwang dan Encik Oh Kok Kwang; tiga (3) Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera – Encik Rozaimin Bin Elias, Encik Akmal Bin Zakaria dan Encik Kew Si Cheng; serta dua (2) pemberita – Encik Low Chia Ming dan Encik Lai Thiem Wah. Adalah diharapkan tindakan tegas diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
2. Sebagaimana Dato’ sedia maklum, terdapat beberapa kes kacau ganggu dan kegananasan politik yang dicetuskan oleh samseng penyokong BN semasa dan selepas tempoh berkempen dan mengundi PRU 13, manakala insiden terbaru adalah pada 20 Mei 2013. Kes-kes keganasan politik samseng penyokong BN yang telah dilaporkan di balai polis Jelutong, Jalan Patani dan Sungai Nibong adalah seperti berikut:
a) No. Repot: JELUTONG/003044/13, bertarikh 18 April 2013 – laporan polis telah dibuat oleh isteri mangsa, Puan Lee Ah Gaik di mana suaminya, Encik Teoh Hock Choon, penghuni di Jalan Perak dipukul dengan teruk sehingga beliau koma dan terlantar di hospital selama 16 hari;
b) No. Repot: JALAN PATANI/005096/13, bertarikh 4 Mei 2013 – laporan polis telah dibuat oleh mangsa, Encik Oh Kheng Kwang di mana beliau dan abangnya, Encik Oh Kok Kwang, penghuni di Jalan Macalister telah dipukul dengan kerusi dan botol kaca sehingga menerima lebih daripada sepuluh (10) jahitan; dan
c) No. Repot: TDPI/000263/13, bertarikh 21 Mei 2013 – laporan polis dibuat oleh Pembantu Khas kepada kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera iaitu Encik Rozaimin Bin Elias, di mana beliau dan rakan setugasnya, Encik Akmal Bin Zakaria dan Encik Kew Si Cheng diserang secara kasar oleh sekumpulan samseng penyokong BN di hadapan KFC, Jalan Sungai Dua. Manakala dua (2) lagi kes membabitkan kejadian yang sama adalah No. Repot: TDPI/000262/13 dan TDPI/000264/13, bertarikh 21 Mei 2013, telah dilaporkan oleh mangsa serangan sendiri yang juga pemberita iaitu Encik Low Chia Ming dan Encik Lai Thiem Wah.
3. Saya berharap pihak PDRM menyiasat dengan serius dan mengambil tindakan tegas ke atas samseng penyokong BN ini yang melanggari undang-undang. Bersama-sama ini juga disertakan laporan polis mangsa-mangsa keganasan tersebut untuk rujukan Dato’ jua. Segala perhatian dan kerjasama Dato’ dalam hal ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang ikhlas,
(LIM GUAN ENG)
Ketua Menteri Pulau Pinang
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment