Thursday, May 2, 2013

SPR buat Gempaq!!! Goncang Dulu Baru Tahan Lama kah kah kah


Alasan BANGANG SPR sambil beraksi BANGANG mengaku tak reti buat kerja

SPR patutnya syaratkan ketua tempat mengundi sendiri untuk menggoncang botol tu, takkan ketua tempat mengundi yang semuanya kakitangan kerajaan berpangkat pegawai pun boleh terlupa jugak aksi yang cukup penting tu..

Malaysiakini melaporkan:
Dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal mudah hilang dengan membasuh jarinya mungkin disebabkan kegagalan sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi cara penggunaan dakwat itu.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata ekoran dakwaan itu, SPR membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak digoncang. - Mkini.

Alasan paling BANGANG oleh SPR. Takkan kut SPR harap rakyat terima alasan bangang macam ni. Memang kompom la rakyat Malaysia kalau alasan bangang macam ni pun depa percaya.

Alasan BANGANG macam tu terpaksa SPR bagi sebab kesalahan tu adalah kesalahan bangang SPR yang bangang pasai tak betul-betul tekankan perlunya menggoncang botol tu sebelum digunakan. Tanpa sedar SPR bagi alasan bangang tu sambil mengakui yang depa memang tak reti buat kerja.

Kalau faktor goncang atau tak goncang botol dakwat tu jadi penentu dakwat tu boleh kekal atau tidak, sepatutnya SPR kena peringat berulangkali dalam setiap kursus dan taklimat kepada petugas SPR peri pentingnya botol dakwat tu digoncang sebelum digunakan dan untuk lebih kepastian sepatutnya aksi goncang botol dakwat tu masuk dalam senarai semak yang perlu dilakukan oleh petugas berkenaan.

Aku sangat-sangat yakin kalau banyak kali diulang perlunya botol dakwat tu digoncang sebelum digunakan dan ada pulak aksi tu dalam senarai semak takkan ada petugas yang berani untuk gagal goncang botol dakwat tu.

Ataupun, untuk pastikan botol dakwat tu tak gagal digoncang SPR boleh syaratkan ketua tempat mengundi sendiri untuk menggoncang botol tu, takkan ketua tempat mengundi yang semuanya kakitangan kerajaan berpangkat pegawai pun boleh terlupa jugak aksi yang cukup penting tu.

Itu bab alasan bangang, alasan yang satu lagi pun tak kurang jugak tahap kebangangannya.

Malaysiakini juga melaporkan:
"Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi.

Oleh itu, SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa. - Ibid.

Memang la depa yang dah mengundi sebagai pengundi awal tu tak boleh mengundi lagi pada 5 Mei ni atas nama depa. Pasainya pengundi awal cuma anggota keselamatan dari pasukan polis dan tentera saja dan memang la nama depa tak masuk dalam daftar pemilih pengundi awam. Kalau nama depa masuk jugak dalam daftar pengundi awam, itu bukan lagi aksi bangang tapi aksi CELAKA SPR.

Yang Pakatan Rakyat bimbang bukan depa akan mengundi atas nama depa tapi ada kemungkinannya depa-depa ni akan mengundi bagi pihak orang lain tanpa kebenaran. Ataupun lebih celaka lagi depa-depa ni akan mengundi untuk nama-nama 'pengundi hantu' yang memang disediakan khas untuk depa-depa ni mengundi.

Memang la setakat ni Pakatan Rakyat tak dapat bagi bukti kukuh dakwaan tu, tapi sejarah keujudan 'pengundi klon' dalam daftar pemilih yang cukup lama yang cuma dibuang setelah didedahkan oleh Suhaizan Kayat tiga tahun dulu.

Harus diingat lama sebelum tu SPR kata depa dah buat pembersihan daftar pemilih dari nama-nama bertindih. Maksud aku yang SPR kata bersih sebelum tu sebenarnya tak bersih dan tak mustahil sampai sekarang masih lagi SPR masih lagi 'simpan' kekotoran dalam daftar pemilih yang masih belum dapat dikesan.

Kalau macam tu la tahap dan aksi BANGANG SPR, memang layak sangat Pakatan Rakyat tak percaya kat SPR. Tapi nak buat macamana, saluran demokrasi pilihanraya masih lagi jadi pilihan cuma mungkin... INIKALILAH...

Sumber: SINI

Baca : PRU13 : DAKWAT KEKAL SPR AKUI BOLEH DIBERSIHKAN.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment