Thursday, May 23, 2013

Siapakah yang memutarkan isu perkauman ini jika bukan Najib, Umno-BN?

Api perkauman senjata lapuk pertahan kuasa.
Antara perkara yang ditentang Nabi Muhammad SAW ialah sikap fanatik perkauman ataupun “asabiyyah” yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan.


Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilannya Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama.

Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir sama ada untuk dia menjadi Arab, Melayu, Cina atau India. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang.

Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.

Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu.

Seusai PRU13, Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak memutarkan isu “Tsunami Cina” bagi menutup kelemahan BN yang hilang majoriti 2/3 nya dalam Parlimen.

BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.
Maka untuk menangkis keputusan muram itu, Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga memutarkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka depan akhbar berbunyi, “Apa lagi Cina Mahu?”.

Akhbar dilihat bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin parti lain secara konsisten berhujah, kononnya undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu.

Ini berlaku apabila secara faktanya parti PAS dan KeADILan sebahagian besarnya ahlinya Melayu- Muslim. DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya.

Pada Hari Umno 11 Mei, Najib mempertahankan partinya daripada pertuduhan perkauman, sebaliknya menuduh DAP yang bersikap perkauman.

Di sebalik dakwaan Umno, analisis keputusan PRU13 menunjukkan perpecahan bandar-luar bandar berbanding perpecahan Melayu-Cina dalam corak pengundian rakyat Malaysia minggu lalu.

Walaupun majoriti daripada Cina menyokong parti Pakatan, terdapat angka signifikan undi Melayu terhadap parti pembangkang, terutamanya di kawasan bandar.

Seorang lagi pemutar perkauman Umno, Zulkifli Nordin yang tewas dalam PRU13 di Shah Alam, yang mengangkat dirinya sendiri sebagai pejuang hak asasi Melayu-Muslim turut menggesa dalam tulisan di Twitter agar rakyat Malaysia menyertai kempennya digelar “ABCD - Asalkan Bukan Cauvinis DAP”.

“Ingat 13 Mei, ingat DAP! Ingat 13 Mei, ingat Malai-seh!,” tulis beliau di Twitter.
Seorang lagi pemutar perkauman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Dato’ Mohd Noor Abdullah juga menyertai perdebatan kaum apabila beliau memberi amaran kepada komuniti Cina agar bersedia dengan tindak balas daripada Melayu kerana “khianat” terhadap BN dalam Pilihan Raya 2013.

Dalam sebuah forum, bekas hakim itu dilaporkan menuduh Cina merancang untuk “merampas kuasa politik” daripada Melayu, walaupun sudah mendapat manfaat dari segi ekonomi daripada “setia kawan” Melayu.

Jadi siapakah yang memutarkan isu perkauman ini jika bukan Najib, Umno-BN? Apakah tujuannya?

Ia untuk menakut-nakutkan rakyat tentang pergaduhan kaum apabila melihat makin berbondong- bondong mereka bangkit menyatakan rasa tidak puashati dengan keputusan PRU13.

Untuk mengekang Himpunan Black 505, api perkauman mesti disimbah kepada umum. Himpunan itu mesti digambarkan BN sebagai rasis Cina untuk menggulingkan kerajaan Melayu. Inilah taktik yang masih ada setelah berjaya menipu melalui PRU13 yang lalu.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment