Thursday, May 16, 2013

Sekalung tahniah kepada Khairy

Barisan Kabinet baru selepas pilihanraya ke13 akhirnya diketahui umum. PM Najib baru sahaja selesai mengumumkan barisan baru itu petang tadi. Saya tidak memberikan komen panjang kerana barisan kabinet itu, samada baik atau sebaliknya adalah hak PM. Mungkin belum ada ‘mood’ saya untuk memberikan komen kerana bagi saya ia tidak menunjukkan tindakan serius untuk membentuk kabinet yang kuat dan mantap yang mampu memberikan imej yang berlainan daripada yang sudah-sudah.

Bagi saya ia adalah kabinet yang sangat biasa sahaja, tiada menambah dan tiada mengurangkan apa-apa. Jika barisan ini memberikan kesan, saya pasti kesannya adalah sama seperti kesan yang telah diperolehi oleh barisan Pak Lah yang diagihkan kepada PM Najib empat tahun dahulu. Walau bagaimana pun barisan kabinet ini adalah kabinet PM Najib yang sebenarnya.

Hanya yang memberikan sedikit keriangan ialah dengan kemasukan Khairy Jamaludin di dalam barisan baru ini. Kali ini Khairy tidak lagi terlepas pandang oleh PM, dan kemasukan beliau ke barisan baru ini saya anggap sangat bertepatan. Ramai yang memberitahu saya yang Khairy akan memberikan kelainan dari Ahli-Ahli Jemaah Kabinet yang lain. Saya sendiri bersama dengan mereka yang memberikan pandangan yang tinggi kepada pemimpin muda ini.

Khairy selama ini duduk di luar walaupun beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Tetapi berkat kesabaran beliau, Khairy kini mempunyai peluang untuk menunjukkan prestasi yang berlainan dari yang lain dan memberikan kesan membina kepada pembangunan belia di negara ini setidak-tidaknya. Mungkin hikmah beliau duduk di luar sebelum ini telah mematangkan beliau sebagai seorang ahli kepada Jemaah Menteri sekarang ini.

Saya beserta dengan ramai yang lain berharap agar Khairy sentiasa memberikan khidmat yang terbaik, kerana ramai yang menumpukan perhatian terhadap beliau. Menteri-Menteri yang lain itu kurang mendapat fokus kerana mereka hanyalah dari mereka yang tidak dianggap boleh memberikan cabaran kepada pembangunan dan kemajuan negara kita. Mereka biasa sahaja.

Sekalung tahniah kepada Khairy dari saya seisi keluarga semoga beliau akan terus melakukan yang terbaik dengan suasana tugas beliau secepat yang mungkin. Aspan Alias

Khairy Jadi Menteri Belia dan Sukan

Najib Razak baru mengumumkan barisan kabinetnya barunya sekejap tadi tang memberi banyak kejutan. Kabinet Najib bolehlah disifatkan penyulatan gelegar buluh dengan kayu. Seperti mana diduga tiada wakil MCA atau Gerakan di dalam Kabinet kali ini. Namun satu post yang lazim dipegang oleh MCA Kementerian Pengagkutan dibiarkan kosong. Tanpa wakil MCA dan Gerakan kabinet Najib menjadi sunyi dan seolah UBN telah melupai orang Cina.

Seperti mana yang saya guraukan Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah dibawa masuk ke dalam kabinet. Khairy yang menang di parlimen Rembau dilantik menjadi Menteri Beliau dan Sukan mengambil alih tempat Ahmad Shabery Chik yang dipindah ke Kementerian Komunikasi dan Multi Media.

Akhirnya kesabaran dan kesungguhan menantu Abdullah Badawi kepada parti dinilai oleh Najib. Inilah berkat kesabaran dan sikap yang pernah ditunjuk Khairy perlu diambil iktibar oleh mereka yang ingin bermain dalam politik. Seperti diduga juga penghalang utama untuk melantik Khairy, Mahathir tidak dipedulikan oleh Mahathir.

Sudah tentu dengan masuknya Khairy ke dalam kabinet ia akan memberi lonjakan kepada anak muda untuk terus mendokong kerajaan. Dengan kebolehan dan idea yang ada kepada Khairy sudah tentu beliau akan memacukan aspirasi anak muda sesuai dengan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda Umno.

Pemuda Umno juga yang sebelum ini dilihat layu dan 'mamai' pasti akan 'belengah' apabila ketuanya menjadi menteri. Banyaklah projek-projek dibawah kementerian itu akan diagihkan kepada ketua-ketua pemuda. Selepas ini sokongan kepada Khairy akan meningkat dan mereka yang sebelum ini menjauhi beliau kerana tiada kuasa akan menginding dan mendekati semula.

Tiga hari lepas saya menyarankan kepada Najib supaya membawa masuk Khairy ke dalam kabinet sebagai menghormati kesetiaan dan kesabaran beliau yang dinafikan selama empat tahun. Sebagai permulaan boleh dilantik menjadi timbalan menteri MITI atau timbalan menteri Belia dan Sukan. Bagaimana pun Najib seakan ingin membetulkan kesilapan selama ini kerana mendera Khairy dengan terus melantik ke jawatan menteri.

Tahniah kepada Khairy Jamaluddin atas perlantikan itu. - MSO

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment