Thursday, May 30, 2013

Panas!! UMNO pun buat laporan polis terhadap SPR. Kali ini apa pula belit SPR?

NONEMasih Ada Lagi Ker Pemimpin BN Nak Bela SPR?
ni memberikan bayangan yang pemimpin UMNO tidak boleh lagi menuduh dan menyalahkan Pembangkang mengkritik dan menyalahkan SPR!

Mantan Menteri pun tidak puas hati dan menyalahkan SPR
Kali ini apa pula belit SPR?

Kalau dah UMNO pun buat laporan polis - bererti memang ada kes..... - Mountdweller

BN Lembah Pantai dakwa SPR pilih kasih
NONE4:44PM Mei 29 2013
BN Lembah Pantai hari ini membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya atas dakwaan gagal bertindak terhadap beberapa kesalahan pilihan raya yang didakwa dilakukan PKR kawasan tersebut.

Setiausaha BN Lembah Pantai, Datuk Sazali Kamilan yang membuat laporan tersebut mendakwa SPR gagal bertindak terhadap tindakan PKR mendirikan pondok panas berhampiran pusat pengundian di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Bandaraya dan SJK (T) Saraswathy.

Dakwanya lagi, SPR juga gagal bertindak terhadap PKR yang bertindak merayu undi di pintu masuk tempat mengundi pada hari mengundi selain bertindak mendirikan barung selepas jam 12 tengah malam 4 April dalam jarak kurang 50 meter dari kawasan larangan.

Sedangkan, SPR mengarahkan bendera dan poster BN diturunkan walaupun ia mematuhi peraturan pilihan raya semata-mata kerana ia dipasang berhampiran balai polis Bukit Travers, katanya.
"Jadi saya berharap polis dapat menyiasat amalan pilih kasih SPR ini," kata Sazali ringkas kepada pemberita selepas memb uat laporan tersebut di balai polis Jalan Pantai Baharu petang ini.

Beliau turut ditemani calon BN untuk kerusi Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang turut membuat laporan terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

"Laporan polis terhadap beliau adalah berkenaan tuduhan beliau terhadap saya berkenaan urus niaga pembelian 12 ekar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara," kata Nong Chik ringkas tanpa mendedahkan butir laporannya.

Sehari sebelum pilihan raya, Nurul membangkitkan dakwaan berhubung peranan Nong Chik dalam satu urusniaga tanah bernilai tinggi, seluas 12 ekar.

Beliau mendakwa, tanah itu dipindahkan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Yayasan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Raja Nong Chik akhir tahun lepas.

Dakwanya lagi, ia kemudian diberikan kepada syarikat persendirian, yang kemudiannya menjualnya kepada syarikat pembangunan hartanah terkenal dengan nilai RM475 juta.

Urusniaga tersebut, dakwa Nurul, akan dimuktamadkan selepas pilihan raya berakhir.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment