Saturday, May 4, 2013

Panas!! Tentera dedah dakwat tak kekal dikenakan tindakan.


Gila gila.
Takan bagitau dakwat tu tak kekal pun salah? Dah SPR sendiri yang sebut botol tak digoncang sebelum digunakan sebab tu ada sesetengah calitan yang dicalit ke jari2 pengundi hilang.

Ikut update dari member blogger kat SINI
Dia cakap ;

Pegawai tu bakal dikenakan tindakan tata tertib. Telah dipenjarakan juga. Dipenjarakan? Biar betul beb. Takan benda gini pun boleh masuk penjara? Ditahan reman seharian tanpa bicara satu hal. Tapi dipenjarakan sebab dakwat tu tak kekal kat jari? Tu pun dia yang bersalah ka woi?

So satu sidang media akan berlangsung now. Untuk jelaskan beberapa perkara. Kita harap dia tidak akan di apa2kan.

Adoi.

Kesian aku tengok pegawai2 yang berkhidmat. Patutla depa memilih sokong pr lepas tamat perkhidmatan. Bukan ketika sedang berkhidmat. Cabaran dan dugaan bukan calang2 ek.

Sabar tuan sabar. Sabar banyak2.- amenoworld

Lapor kes dakwat kekal: Mejar ditukar serta merta
Mohd Sabri Said,
03 Mei 2013
PULAU PINANG: Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Bagaimanapun beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga hari Isnin 6 Mei minggu depan ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.
(Laporan polis yang dibuat oleh Mejar Zaidi, isteri dan rakan-rakannya tersebar merata. Kerana membuat laporan polis beliau dipersalahkan dan ditukar serta merta)

"Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya, " beritahunya kepada Harakahdaily.

Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.

Dua hari lepas Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas.

Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila di basuh dengan sabun dan pencuci tangan.

Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment