Wednesday, May 22, 2013

Oh, pak Mukhriz boleh, kita tak boleh

MAHFUZ AJAK MUKRIZ LAWAN DEBAT...
ALOR SETAR: “Ayuh buat debat saya dengan Mukhriz,” kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar ketika berucap pada Himpunan Black505 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, malam tadi.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang tidak membenarkan penggunaan Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti untuk perhimpunan itu.

Mukhriz dilaporkan berkata, ini kerana perhimpunan itu bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan.

Justeru, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS menggesa Mukhriz mengingati kembali apa yang pernah dilakukan oleh bapanya, Tun Mahathir Mohamad memburukkan kerajaan yang dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi suatu ketika dahulu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, ayah Mukhriz itu telah menjelajah seluruh negara dengan ucapan yang menimbulkan kebencian kepada kepimpinan Abdullah ketika itu.

“Oh, pak hang boleh, kita tak boleh. Pak dia kata Najib lebih teruk dari Pak Lah,” ujarnya di hadapan puluhan ribu hadirin.

Bagaimanapun, kata beliau, ‘mulut’ Mahathir telah ditutup apabila Najib memberi laluan kepada Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah.

Pemimpin PAS yang berucap pada majlis itu ialah Timbalan dan Naib Presiden, Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub, Ketua Pengarah Pilihan raya, Dr Mohd Hatta Ramli serta Penolong Setiausaha Agung, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Ketua Umum dan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tian Chua turut berucap. Adun Kota Darul Aman, Teoh Boon Kok pula mewakili Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Mengenai stadium, Mahfuz menjelaskan sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri sebelum ini, penggunaannya dibenarkan kepada semua termasuk Umno yang disertai Najib.

Katanya, pada perhimpunan itu terdapat di kalangan mereka yang berucap memaki kerajaan negeri.

Najib pernah menghadiri program Himpunan Orang Muda Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti pada 31 Januari lalu.

Sumber---> [http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/19444-oh-pak-mukhriz-boleh-kita-tak-boleh-mahfuz]

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment