Thursday, May 16, 2013

Obama Telefon Najib: Utusan Kantoii? +Video

Persoalannya di sini bukanlah sama ada Obama ada menelefon Najib atau tidak, tetapi kandungan perbualan telefon antara Najib dengan Obama. Apakah kandungan sebenar perbualan mereka? Adakah perbualan tersebut sama seperti yang dilaporkan oleh Utusan?
Bacalah laporan Utusan ini sampai habis di sini.

Apa pula laporan White House? Baca:

Foto Kredit :Serupademo

Kalau kurang percaya, sila baca kenyataan White House itu di sini.

Bandingkan laporan Utusan dengan kenyataan White House. Ada persamaan? Berapa banyak retorik dan laporan mengangkat diri?

Apa kata Anwar Ibrahim?

Laporan MK menyebut:

Anwar mahu serah bukti penipuan p'raya pada Obama
[MK] Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.

"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Kira-kira 30,000 hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi bersorak dan meniupkan vuvuzela sebagai sokongan ke atas kenyataan Anwar itu.

Tokoh PKR itu mengulas laporan Bernama sebelum itu bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia.

Laporan yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu menyebut, Presiden AS itu turut diberi taklimat mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Dalam ucapannya juga, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menerima dakwaan undi bukan warganegara Malaysia sebagai "perkara biasa".

"Dan SPR terima itu sebagai perkara biasa. Yalah, dia ada kad pengenalan biru. Penipu! Jawapan yang tidak bertanggungjawab.

"Sebab itu, saya katakan nak selamatkan negara ini, pertama sekali yang perlu undur, (Pengerusi) SPR mesti diberhenti sekarang juga," katanya yang turut disambut dengan sorakan dan tiupan vuvuzela.-DCM

Penjelasan Sebenar Isu DSAI Minta Bantuan Obama Isu Penipuan Pilihanraya.
Tengok video dulu. Tak dinafikan ada yang dah tengok video pun kurang faham apa yang DSAI ingin sampaikan. Boleh baca komen2 kat youtube tue sendiri. Padahal aku yakin kalau kita tengok video, insya-Allah kita boleh tangkap point yang dimaksudkan. Kalau baca ulasan berita je memang kurang tepat sebenarnya sebab tue tak aneh ada yang tak dapat tangkap.

Apa pun bukan Malaysiakini salah apa. Aku yakin, penggunaan ayat yang tidak tepat untuk menyampaikan maksud, tue yang menyebabkan ada orang kurang jelas ataupun tak faham sangat apa yang cuba di sampaikan. Termasuklah aku pada awalnya.

Hehe.

Sebetulnya ANWAR BUKAN MAHU SERAH BUKTI PENIPUAN KEPADA OBAMA supaya OBAMA boleh campur tangan. Sebaliknya ANWAR mahu OBAMA sedar diri bahawa ucapan tahniah kat BN tue salah, tak betul, tak tepat, tak sesuai sebab tue ANWAR nak bagi OBAMA bukti2 penipuan PRU untuk OBAMA menilai sendiri adakah tindakan nya mengucapkan tahniah kepada Najib dan BN itu betul?

Ini video yang dimaksudkan ;

Gambaran sebenar ialah ;

Anwar menyindir Obama yang sibuk ucap tahniah kat BN. Padahal BN menang tipu. Jadi dia akan buka mata Obama untuk Obama nilai sendiri bila dia serahkan bukti2 penipuan kat Obama. Bukan untuk minta campur tangan tetapi lebih kurang macam nak memalukan tindakan Obama la. Ucap tahniah konon. Nah amek neh bukti, tang mana BN layak dapat tahniah nya tue weh?

Memang ramai yang tak dapat tangkap maksud sebenar kalau baca laporan berita jek. Ini baru ulasan dari portal bebas. Belum masuk ulasan dari portal anti DSAI. Masak ah. Berapa lama ah dorang nak mainkan kali neh ek.

KAH KAH KAH

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment