Thursday, May 23, 2013

Nak boikot? Suka hati kamulah


La ni utusan dan tv 3 duk sibuk kempen buruk2an air asia...dulu punyalah nyam umno dengan air asia...la ni semua nak buat musuh...tokeh2 cina yg sumbang pada ekonomi malaysia pun jadi musuh...

umno ,tv 3 dan utusan silap...jika mereka ingat tokeh2 ni macam melayu kampung yang boleh diugut dgn br1m dll hentikanlah...lawan dgn kuasa ekonomi ni nanti sapa yg terbakar...ingat mak cik nasi lemak nak tempah iklan kat tv3 ke...

fikir2kan wahai umno,tv3 dan utusan. ...anda tengah gali kubur anda sendiri... 
 - Otai Reformasi II

Selepas berakhirnya PRU yang lalu, telah ada dua isu boikot yang ditimbulkan oleh pro Umno-BN. Yang pertama ialah seruan mereka supaya memboikot apa-apa perniagaan yang berkaitan dengan orang Cina. Yang kedua pula ialah saranan memboikot syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.

Apakah kesalahan kedua-dua pihak ini sehingga mahu diboikot? Tidak lain tidak bukan hanya kerana mereka menuntut hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat. Orang Cina tidak melakukan apa-apa kesalahan melainkan hanya kerana mereka tidak mengundi Umno-BN – hakikatnya bukan mereka sahaja, malah ramai juga orang Melayu bandar tidak pengundi Umno-BN! 

Bagi Air Asia pula, syarikat mereka mahu diboikot hanya semata-mata menyelar media rasmi Umno-BN kerana menyiarkan berita yang bersifat perkauman. Salahkan Azran kerana menolak wujudnya sikap rasis?

Namun, bagi saya, itu adalah hak kamu untuk memboikot dan memilih. Setiap orang itu ada hak masing-masing, dan orang lain juga wajar menghormati hak itu selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama dan budaya.

Jika Umno-BN dan para penyokongnya ada hak untuk memboikot dan memilih maka rakyat juga ada hak yang sama! Rakyat juga ada hak untuk memboikot dan memilih untuk tidak mengundi Umno-BN dalam pilihan raya yang lalu.

Jika anda mahu dihormati, sila lah belajar untuk menghormati hak orang lain.

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment