Monday, May 20, 2013

MUKHRIZ DAH JADI KADOK NAIK JUNJUNG!

PR perintah Kedah rata padang Najib ceramah, mai BN sekat habis! Ni negeri demokrasi ka negeri Komunis?

MUKHRIZ DAH JADI KADOK NAIK JUNJUNG!

Masa Pakatan perintah Kedah PM Datuk Seri Najib pernah datang berceramah politik di Stadium Sultan Abdul Halim, Stadium Mini Guar Chempedak, Stadium Mini Pendang... Stadium Sultan Abd Halim Suka Menanti paling banyak program anjuran UMNO, BN dan Perkasa pun pernah mai ceramah. 

Datuk Mat Bashah pernah buat program kat Dewan KUIN Mergong, BN Kedah banyak kali buat program dalaman parti depa kat Dewan Wawasan, Jitra, Dewan City Plaza MBAS. 

Kalau BN guna semua tu kena bayar sewa, PR yang jadi kerajaan pun bayar sewa jugak... yang penting kerajaan PR dulu tak pernah halang mana-mana pihak anjur program politik masing-masing sebab itu model demokrasi yang nak dipamerkan.

Tok Mat Bashah sepanjang 5 tahun jadi ADUN pembangkang dulu jadikan premis penghulu mukim Mergong, pun kerajaan negeri tak pernah halau. Sebahagian besar balairaya milik kerajaan negeri dipegang oleh JKKKKKKP kerajaan negeri tak kalut ambik balik, sebab tak mau kecoh-kecoh.

Tapi mai Mukhriz perintah dua minggu dah mula jadi Kaduk Naik Junjong, memijak mati terus lunas-lunas demokrasi di negeri ini. PR nak sewa padang Stadium Suka Menanti untuk buat himpunan, tolak mentah-mentah.

Malang rakyat Kedah, depa harap bila berubah kerajaan keadaan bertambah baik rupanya sedang menuju pemerintahan kuku besi.. awat hangpa nak perintah negeri ni ala komunis ka hapa??

KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN ALOR SETAR

Tajuk : “PKR memanggil MB Muhkriz untuk menghormati hak kebebasan rakyat Kedah untuk bersuara dan berhimpun.”

Keengganan MB Muhkriz membenarkan Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan hitam 505 di Stadium Suka Menanti pada hari Selesa yang akan datang menandakan hari hitam pertama menuju kemerosotan kebebasan demokratik dalam negeri Kedah untuk lima tahun yang akan datang.

Semasa pemerintahan 5 tahun PR dalam negeri Kedah, tempat-tempat awam seperti Stadium Suka Menanti, dibuka guna kepada semua parti politik, secara bebas tanpa diskriminasi.

Adalah dikesali bahawa MB Muhkriz telah memilih untuk bertindak secara diskriminasi, menyekat hak rakyat Kedah untuk berhimpun secara aman damai bagi meluangkan perasaan mereka, seperti mana yang dijaminkan dibawah Perlembagaan Persekutuan.

Alasan-alasan Muhkriz untuk tidak membenarkan perhimpunan berdasarkan bahawa ucapan-ucapan perhimpunan, yang didakwanya, akan membangkitkan rasa benci terhadap BN, adalah tidak dapat diterima oleh rakyat Kedah, yang mana rakyat Kedah sudah cukup matang untuk membezakan yang mana benar dan yang mana tidak.

Tindakan Muhkriz dengan tidak membenarkan rakyat Kedah berhimpun dalam perhimpunan hitam 505 adalah bertentangan dengan kehendak beratus ribu rakyat yang telah menyertai perhimpunan-perhimpunan hitam 505 yang diadakan di seluruh negara untuk menuntut akauntabiliti terhadap penipuan pilihanraya yang dilakukan semasa PRU-13.

Adalah dikesali, bahawa tindakan terbaru MB Muhkriz menandakan permulaan pemerintahan penindasan dan penghapusan hak-hak dan amalan democratik yang dinikmati oleh rakyat Kedah 5 tahun sebelum ini.

Malah, penolakan permohonan perhimpunan oleh MB Muhkriz adalah satu isyarat kebangkitan satu “mini-Mahathirfiruan” yang sedang muncul.

Gooi Hsiao Leung.
Ahli Parlimen – Alor Setar


Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment