Thursday, May 30, 2013

MENTELAAH KONSPIRASI KOTOR KERAJAAN MINORITI UMNO

Rakyat baru sahaja selesai menghabiskan siri bantahan di seluruh negara (Black 505) berhubung dakwaan penipuan PRU13. Penipuan itu menyebabkan Umno (Nota: lebih tepat menggunakan Umno, bukannya BN) berjaya memperolehi undi popular 47 peratus.
 
Kemuncak siri bantahan yang dianjurkan oleh berpuluh buah NGO tersebut akan berlaku pada 25 Mei ini di Selangor. Sehingga rencana ini ditulis, perhimpunan belum berlaku namun melihat kepada senario awal manipulasi BN terhadap isu tersebut ia kelihatan tidak akan dibiarkan berlaku secara aman.

Persoalan menarik ialah, mengapa kerajaan minoriti Najib Razak kelihatan seolah-olah memilih suasana tidak tenteram ini berlaku? Umno mempunyai kuasa Persekutuan dan penguasaan sepenuhnya terhadap media utama negara. Mencipta kegelisahan untuk menagih sokongan bukan kali pertama dibuat oleh Umno. Ia sudah dibuat berkali-kali sejak merdeka.

Modus Operandi yang paling licik dan 'berjaya' digunakan Umno ialah ketika Operasi Lallang 1988. Umno yang mencetuskan suasana tidak tenteram, membakar isu rasis tetapi pemimpin pembangkang yang menjadi mangsa. Jika ada pun pemimpin Umno yang ditahan di peringkat awal maka ia cuma sandiwara untuk menipu rakyat bahawa kerajaan bertindak adil. Namun selepas itu berbondong-bondong pemimpin pembangkang disumbat ke lokap.

Jangan terkejut kalau selepas ini beberapa pemimpin Umno dan Perkasa juga ditahan pihak berkuasa demi mengaburi mata orang kampung di luar bandar yang tiada talian internet.

Masa itu rakyat Malaysia hanya berbicara mengenai pemimpin politik yang ditahan dan dakwa di mahkamah. Atau keganasan pihak berkuasa membelasah rakyat di mana-mana perhimpunan. Mereka tidak lagi memberi tumpuan kepada isu penyelewengan pilihanraya dan ketidakadilan sistem demokrasi di Malaysia yang menjadi isu pokok.

Selalunya begitulah, bila muncul isu yang lebih brutal maka isu pokok tuntutan rakyat akan diketepikan. Ulamak-ulamak Umno pun akan muncul di kaca televisyen memberi fatwa bahawa haram menyokong keganasan walhal tuntutan perjuangan rakyat tidak diulas sepatah pun. Walhal juga, pihak mereka yang memulakan keganasan. Ahli-ahli akademik berkepentingan, professor kangkung serta pemimpin NGO yang disumbat mulut dengan wang ringgit pun muncul mempertahankan kezaliman Umno dengan hujah bersulam kewarasan, kononnya.

Sekarang, secara mutlak Umno sudah berjaya menguasai Malaysia dengan majoriti mudah. Kalau kelebihannya cuma 10 kerusi sekalipun Umno tidak perlu susah hati. Mereka memiliki polis, tentera serta semua jentera kerajaan Persekutuan. Pertukaran hanya diizinkan berlaku lima tahun dari sekarang. Jadi Umno peduli apa? Umno tidak perlu runsing untuk memikirkan kejatuhan kerajaan sekarang ini. 

Dan sekarang adalah masa terbaik untuk mereka melakukan kezaliman dan kekerasan terhadap pembangkang. Biarkan saja jika ada rakyat (khususnya orang Melayu) yang bersimpati terhadap pembangkang kerana Melayu mudah lupa. Lima tahun lagi orang Melayu hanya perlu 'dirasuah' dengan pelbagai umpan kebendaan untuk menyokong Umno. Umno tidak pernah takut untuk kehilangan kuasa kerana yakin ada kalangan rakyat yang boleh mereka berbodohkan dengan mudah.

Pakatan harus mengkagumi Umno dari aspek konspirasi jahat. Mereka ternyata sangat unggul! Mungkin Yahudi APCO yang dibayar RM77 juta menggunakan duit rakyat masih berperanan sebagai penasihat. Percayalah bahawa rentetan kekerasan yang akan muncul selepas ini bukan keputusan sambil lewa ataupun terdesak, tetapi keputusan yang dibuat dengan perancangan yang sangat rapi.

Jika begitu congak politiknya, para pemimpin Pakatan perlu menangani permainan kotor Umno dalam masa terdekat ini dengan perhitungan yang lebih baik...

[ Bersihkan Pilihan Raya, Hala Tuju Negara Demokrasi ] ... ALLAHU AKBAR !!!

SUMBER

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment