Tuesday, May 28, 2013

Kos Bina KLIA2 Naik Dari RM 1.7 ke RM 5 bilion

KLIA 2 grafik
PETALING JAYA, 27 MEI: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein digesa menubuhkan satu jawatankuasa audit bebas bagi menyiasat perkembangan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Gesaan ini dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media hari ini.

Menurut Tony, penjelasan berhubung kelewatan dan peningkatan kos dalam menyiapkan projek ini perlu dimaklumkan kepada umum selain menjawab segala persoalan berbangkit sebelum ini.

Pada 14 Mei Pengurus Besar Eraman, Fawzy Ahmad mengadakan satu mesyuarat tertutup berhubung kelewatan penyiapan KLIA2, kata Tony. Eraman adalah anak syarikat Malaysian Airports Holdings Berhad, yang mengendalikan semua lapangan terbang di Malaysia.

Menurut Tony, kelewatan penyiapan projek ini akan mengakibatkan pertambahan kos daripada RM 1.7 bilion sehingga RM 5 bilion.

Katanya lagi, perkara ini dibangkitkan kerana projek ini bukan melibatkan kelewatan hampir dua minggu atau dua bulan sebaliknya enam bulan.

Mengikut laporan sebelum ini, KLIA2 sepatutnya siap pada September 2011 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri.

Namun mengikut kenyataan yang dibuat pada 14 Mei lalu oleh Fawzy Ahmad, projek ini dijangka siap pada suku keempat tahun 2013.

Dari segi kos projek KLIA2, jumlah awal yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 22 Julai 2007 adalah RM 1.7 bilion.

Namun dalam kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri pada 10 Oktober, kos projek berkenaan telah meningkat kepada RM 4 billion.

Secara peribadi Tony menyatakan, beliau tidak terkejut sekiranya projek ini disiapkan pada Jun 2014.

Katanya, pihak menteri perlu mengumumkan tarikh baru projek ini bakal disiapkan.

“Saya tidak terkejut projek ini disiapkan pada 28 Jun 2014 bersempena dengan ulangtahun ke-16 KLIA,” katanya lagi. SelangorKu

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment