Thursday, May 23, 2013

Ismail Mina dan Harussani, Adakah Al Quran menyebut boleh menipu?

Mereka boleh diperangi, kata Harussani
Cerita Utusan Malaysia berkaitan menjatuhkan kerajaan dengan cara keganasan dan kekerasan adalah dilarang kerana bertentangan dengan maqasid syariah. Cakap-cakap tersebut dicakapkan oleh ularmak tersohor UMno, Ismail Mina.

Pertanyaan kita juga, siapa yang ingin menjatuhkan kerajaan dengan cara keganasan?

Mereka boleh diperangi, cara Utusan Malaysia membawa berita, mereka menulis…

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, golongan yang melampau atau berdegil menolak kedamaian boleh diperangi sehingga mereka kembali tenang dan tenteram.

“Perkara tersebut ada di sebut di dalam al-Quran yang menyatakan kewajipan manusia menjaga keamanan dan ketenteraman.

“Sehubungan itu, kerajaan melalui kuasa yang ada boleh mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang cuba melakukan huru-hara ini,” katanya. – UM

Tak pula Harussani menyebut dalam ayat yang dinyatakan boleh diperangi, tidakkah Utusan Malaysia yang melebih-lebih.

Juga adakah Utusan bertanya kepada Ismail Mina dan Harussani, tentang penipuan dalam pilihanraya. Adakah Al Quran menyebut boleh menipu? - ekeleh

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment