KUALA LUMPUR, 7 MEI: Kejayaan Pakatan Rakyat (PR) menambah kerusi Parlimen daripada 82 kepada 89 dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 197 kepada 230 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dianggap “tsunami rakyat Malaysia” bukannya “tsunami kaum Cina”.
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, berkata kejayaan PR itu harus mendapat pujian kerana Barisan Nasional (BN) membelanjakan berjuta-juta Ringgit untuk makan malam percuma, hadiah dan mencetak penipuan dan pembohongan di dada akhbar perdana bagi menyebarkan politik jijik dan tercela.
Katanya, DAP juga mengutuk keras kenyataan tidak tepat Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghenai ‘Sistem Dua Kaum’ dan Tsunami Kaum Cina’.
“Walaupun PR belum mencapai matlamat untuk memenangi majoriti kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan seterusnya di Putrajaya, tidak dinafikan bahawa kita berjaya melakukan suatu perkara besar pada PRU-13.
“PR memenangi kerusi di kawasan yang sebelumnya dianggap kubu kuat BN dan menewaskan ramai orang kuat BN di kawasan majoriti Melayu,” katanya dalam kenyataan, semalam.
PAS memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu (89% Malayu) dengan majoriti meningkat iaitu 10,785 undi berbanding 2,631 ketika pilihan raya kecil 2009. PKR juga memenangi Parlimen Alor Setar (61% Melayu) dengan majoriti 1,873 dengan menewaskan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Chor Chee Heung, di Lumut (51% Melayu), PKR menang dengan majoriti besar 8,168 undi berbanding hanya 298 undi pada 2008 dengan menewaskan bekas Menteri Pengakutan, Kong Cho Ha.
PAS juga memenangi kerusi Parlimen Sepang (57% Melayu) dengan majoriti 1,104 berbanding tewas 4,849 undi pada 2008 apabila mengalahkan koordinator BN Selangor, Mohd Zin Mohammed.
PKR juga memenangi kerusi Parlimen Penampang (66% Sabah Bumiputera) dengan majoriti besar 10,216 undi selepas tewas majoriti 3,063 undi pada 2008 dengan menewaskan bekas Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi.
Ketua Parlimen DAP itu juga berkata, kubu kuat BN di Johor juga dipecahkan apabila PR memenangi lima kerusi Parlimen dan 18 kerusi negeri, PR tidak mungkin dapat memenangi kerusi berkenaan dengan hanya sokongan orang Cina.
Katanya, contohnya PAS memenangi 54% kerusi DUN Parit Yaani dengan majoriti 1,188 selepas tewas dengan 3,857 undi pada 2008 dan PAS juga memenangi 40% kerusi DUN Puteri Wangsa dengan majoriti 3,469 selepas tewas kerusi itu dengan 5,721 undi pada 2008.
“Kerusi Parlimen Gelang Patah sendiri, kemenangan saya dengan majoriti 14,762 tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan besar pengundi Melayu. Di pusat pengundian kerusi DUN Nusajaya, misalnya, yang merupakan 47% kerusi negeri Melayu, saya memenangi hampir 48% undi popular, peningkatan 6% berbanding PRU 2008,” katanya.
Beliau berkata, Najib dan Chua juga mudah lupa bahawa di negeri Sabah, PR menang 12 kerusi DUN, meningkat daripada hanya satu kerusi pada 2008 dan lima kerusi kerusi Bumiputera Sabah/campuran iaitu Matunggong, Kadamaian, Tamparuli, Inanam dan Moyog.
Menurutnya, PR berkempen berdasarkan Politik Harapan sepanjang PRU-13 berbeza taktik kotor yang dugunakan BN untuk meneruskan Politik Ketakutan.
“Saya yakin bahawa analisis lanjut akan menunjukkan bahawa terdapatnya anjakan jelas dalam sokongan terhadap PR di seluruh negara oleh pengundi daripada semua kaum. Dan saya yakin BN berada di pengujung hayatnya sebagai kerajaan Persekutuan,” katanya.- Roketkini.com
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment