Monday, May 20, 2013

Hamidah nak bunuh Anwar! Tolong! Tolong! Hamidah nak bunuh Anwar ! +Video

Tolong! Tolong! Hamidah nak bunuh Anwar! Apasal tangkap Adam Adli pula?
Adam Adli dipercayai ditahan berhubung kenyataan yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lalu.


Ikuti ucapan beliau yang telah dirakam ketika Forum Mei 13 Di Chinese Assembly Hall 13/05/13

Antara ucapan Adam Adli ialah, “Kalau ada polis, kalau ada SB, kalau ada agen-agen dari Umno sekalipun , nama saya Adam Adli bin Abdul Halim, nombor kad pengenalan 890703075357, ambil butiran saya , buat laporan polis, kerana hari ini saya nak ajak semua yang ada di sini kita harus susun dan kita akan turun ke jalanraya untuk rampasan kuasa , boleh atau tidak? boleh atau tidak? boleh atau tidak?

Kita tak banyak masa lagi, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan ke jalanraya, sebab akhirnya dalam dunia ketiga macam negara Malaysia, pilihanraya takkan tumbangkan kerajaan, yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat …”

Apakah kerana ucapan sebegitu rupa maka Menteri Seluar Dalam Rosmah pun dah kecut teloq sampai pi cekup budak tu?

Cuba korang bandingkan pula dengan kenyataan Hamidah Osman, bekas Adun Tengin Sungai Rapat Ipoh yang menghasut rakyat supaya membunuh Anwar Ibrahim.

Mana yang lebih mengancam keselamatan orang ramai, Hamidah atau Adam Adli?

Tetapi kenapa polis tidak mahu mengambil sebarang tindakan keatas Hamidah bekas Adun Tengin tu?

Aku bukan loyar dan memang tdak tahu sangat pasal perundangan nih! Tapi aku rasa Hamidah patut sangat ditahan dan disoalsiasat kerana dia mengancam nak bunuh orang!

Hamidah nak bunuh Anwar! Tolong! Tolong! Hamidah nak bunuh Anwar ! al-Husseyn

Penangkapan Adam Adli cetus kebangkitan anak muda
Aktivis Pelajar Adam Adli Ditahan Kerana Menghasut - TerbakorEKORAN penahanan Adam Adli, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan memastikan kebangkitan anak muda berada di kemuncaknya. SAMM menyifatkan penangkapan Adam sebagai pencetus terbaik memandangkan mood rakyat yang marah dengan penafian demokrasi melampau oleh kerajaan pemerintah.

Ucapan berapi Adam Adli di pentas anjuran SAMM dan SMM 13 Mei lalu telah membawa kepada penahanan beliau semalam di Bangsar Utama. Adam Adli telah dibawa ke Balai Polis Jinjang atas dakwaan akta hasutan dan kemudian disumbat ke dalam lokap di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang. SAMM bersama hampir 100 aktivis rakyat telah berkumpul dan menunjukkan solidariti terhadap Adam Adli di hadapan lokap yang dihuni oleh beliau sepanjang malam tadi.
Hari ini, pihak polis dengan pantas mendapatkan perintah reman ke atas Adam Adli selama 5 hari. Ini satu penindasan terhadap anak muda yang bersuara bagi pihak rakyat majoriti. Kemarahan Adam terhadap penipuan PRU-13 telah mempengaruhi ucapan beliau untuk menyeru orang ramai menyuarakan bantahan secara aman di jalanraya. Seruan Adam Adli telah disambut dengan gegak gempita oleh hampir 3 ribu hadirin di KLSCAH yang juga didengari oleh 250 ribu pendengar radio secara live.

Telah berulang kali diungkap dalam kenyataan SAMM sebelum ini bahawa ucapan berbaur perkauman dan kebencian antara agama yang dilontar oleh proksi Umno tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun ratusan laporan polis dibuat. Malah pemimpin Umno, proksi Umno dan pemimpin mesra BN ini juga telah dilindungi dan kebal dari hukuman, menjelaskan lagi betapa negara ini mempunyai dua set undang-undang.

SAMM juga membidas sikap sombong bongkak Menteri Dalam Negeri yang baru apabila memilih untuk mula berkasar terhadap rakyat. Sedangkan ucapan Zahid Hamidi sendiri harus mengundang hasutan apabila mengarahkan rakyat meninggalkan negara ini sekiranya tidak setuju dengan 'demokrasi yang mati'.

SAMM yakin dan percaya walaupun Adam Adli ditangkap, ia tidak langsung melemahkan gerakan yang diseru oleh Adam Adli iaitu gerakan ke jalanraya, malah tindakan ala-penjajah pihak KDN ini pasti memacu jutaan rakyat untuk hadir ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat. Makin kamu menekan rakyat, makin menggunung keberanian rakyat.

SAMM memberi peringatan kepada regim, majoriti rakyat mahukan kerajaan yang baru tetapi malang bagi negara ini apabila kemenangan rakyat dicuri atas nama demokrasi palsu. Tiba masanya rakyat bangkit untuk tidak menunggu 5 tahun lagi, kerana penantian 55 tahun itu sudah terlalu lama, inilah masanya kebangkitan rakyat. Suara Rakyat Suara Keramat!! Kamu tangkap Adam Adli, akan lahir seribu lagi Adam Adli yang membuat seruan yang sama - Jalanraya.

Sekian

CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment