Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyindir kerana masih ada pemimpin dalam Umno, parti yang pernah melabel DAP sebagai "cauvinis, komunis dan kafir harbi", kini mengajak parti itu menyertai Barisan Nasional (BN).
"Bukankah DAP yang dituduh sebagai cauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini?" kata Nik Aziz di laman sosial pagi ini.
Selain itu, kata Nik Aziz, bukankah DAP yang dituduh berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah ALLAH?
"Bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah ALLAH? Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?" kata beliau Menteri Besar Kelantan ini mengulas kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai BN untuk menguatkan kerajaan BN.
"Saya bagaikan kurang percaya bagaimana seorang bekas pemimpin Umno yang masih setia kepada parti tersebut boleh mengeluarkan cadangan seperti ini?" katanya.
Sehubungan itu Nik Aziz menambah, "saya kira inilah bukti jelas menunjukkan bahawa BN sedar mereka semakin dipinggirkan rakyat."
Politik perkauman dan penindasan yang diamalkan semakin ditolak sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut.
"Dalam tidak sedar, sebenarnya bukan dahan baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua bernama BN itu perlu ditebang terus," kata Nik Aziz.
Katanya, daripada DAP masuk BN, lebih baik Umno keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat.
"Sedarlah, ideologi perjuangan Umno hari ini sudah ketinggalan zaman, di Semenanjung Malaysia yang agak maju dari sudut teknologi dan pendedahan maklumat, mereka telah ditolak dan Pakatan Rakyat telah menang!
"Sudah sampai masanya BN dan Umno bermuhasabah, jika tidak akan sampai masanya mereka dibuang terus dari pentas politik negara, pada masa itu tiada yang akan sudi menerima, jatuh di tanah ayam tidak patuk itik tidak sudu," ujar beliau. SH
PS : DAP dimaki hamun cukup2 -rasis, pencetus May13, nak negara Kristian, anti-Islam, haram, komunis dll -tiba2 dijemput join BN?
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI
Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..
No comments:
Post a Comment