Saturday, May 11, 2013

DAP tidak akan ganti MCA .. Pertikaikan UMNO mengenai Isu Hudud

Lim Kit SiangDAP tidak akan menyertai kerajaan BN untuk menggantikan peranan MCA.
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, DAP berbeza dengan MCA kerana parti itu berjuang untuk semua kaum, bukan mewakili kaum Cina sahaja.

“Kita menolak apa-apa kemungkinan DAP akan menggantikan MCA dalam BN. Kita buat satu parti bukan untuk kaum Cina saja, tetapi untuk semua rakyat Malaysia.

“Tujuan kita bukan untuk gantikan peranan MCA," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin agar DAP bergabung dengan BN bagi memastikan ada wakil kaum Cina dalam Kabinet yang bakal dibentuk.

Kit Siang dalam kenyataannya sebelum ini berkata, DAP bersikap terbuka dengan syor dan cadangan mengenai keperluan wakil Cina dalam kerajaan dan akan memberi respons perkara itu kemudian.

“Kelihatannya banyak cadangan baru. Kita beri masa untuk rakyat kemukakan cadangan. Ini merupakan masa untuk teliti cadangan dan kami akan beri reaksi sewajarnya,” katanya.

Dalam PRU13 5 Mei lalu, DAP berjaya memenangi 38 daripada 51 kerusi Parlimen, manakala MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi yang ditandingi.

Berikutan prestasi buruk itu, pucuk pimpinan MCA memutuskan untuk tidak menyertai Kabinet di peringkat pusat atau negeri.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan ramai pihak agar Umno bersatu dengan Pas, beliau menyifatkan ia sebagai satu perangkap dan helah Umno.

Katanya, percanggahan beberapa perkara antara Pas dengan komponen lain dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak sewajarnya dikaitkan dengan kemungkinan parti itu perlu menyertai Umno.
“Adakah Pas dan Umno bersetuju dalam semua dasar termasuk hudud? Tidak bukan? Jadi ini hanya perangkap Umno untuk memecahbelahkan PR. Tapi, kami tidak boleh diperangkap, “ katanya. - SH
428587_503673469681558_903119597_n
Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment