Saturday, May 25, 2013

Beruntungnya Rakyat Kedah..Kedah sedia laksana AES


ALOR SETAR – Kerajaan BN Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas berjaya merampas semula pentadbiran dari PR pada PRU13.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyokong pelaksanaan AES kerana mahu rakyat mematuhi undang-undang jalan raya.

Bagaimanapun, pelaksanaan itu bergantung kepada persetujuan dan perbincangan yang akan diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelak.

“AES bukan untuk membebankan rakyat tetapi mahu membudayakan pemanduan selamat di samping mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini.

“Kalau kempen jalan raya pun tidak ada kesan, maka kita terpaksa guna kaedah ini supaya pemandu dapat mematuhi had laju di jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan AES bukan bertujuan memerangkap kelajuan pemandu secara tersembunyi, sebaliknya mahu pemandu lebih berhati-hati.

“Kita akan pasang AES di kawasan yang selalu berlaku kemalangan. Kita tidak menganiayai pengguna, malah akan letak papan tanda amaran tiga kilometer lebih awal dari kamera supaya pemandu dapat memperlahankan kenderaan masing-masing,” katanya.

Ditanya masa yang sesuai menguatkuasaan AES, Tajul berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan dan perlu perbincangan lanjut.

“Kita tidak tahu lagi bila akan pasang di Kedah tetapi kemungkinan besar kita akan pasang,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan negeri di bawah PR yang diterajui Pas, membuat keputusan menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan AES kerana didakwa membebankan rakyat.

Penangguhan itu turut dipersetujui tiga negeri lain yang ditadbir PR iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Sungguhpun begitu, penguatkuasaan AES tetap dilaksanakan di negeri yang ditadbir BN bertujuan mengurangkan kemalangan maut disamping merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah.-SH

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment