Thursday, May 30, 2013

Berita Gempaq!! Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kena Belasah?

Ilmunya bukan aku nak kondem, tak setara mana pun, tapi bab mengampu memang nombor wahid...nak buat macam mana, dah jenis melayu mengampu....

"Penderhaka" ???
Hang Jebat menentang kezaliman dan kebodohan Sultan Melaka dahulu dianggap sebagai Penderhaka.

Hanya kerana seulas nangka, Dang Anum dihukum bunuh, apabila laki dia tau bininya dah kena bunuh... apalagi beb.. mengamok sakan laaaa... maka dia pun dianggap sebagai Penderhaka.

Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Dato Maharajalela dan ramai lagi nama2 pejuang melayu yang gua sendiri dah tak ingat (Al-Fatihah buat mereka) yang menentang BFF umno/bn laknatullah semuanya dianggap penderhaka dan pengkhianat.

Begitulah adanya mentaliti Bangsa Melayu sejak dulu, kini dan selamanya sebagaimana yang di ungkap oleh kaki ampu sanasini yang gua sangkakan dah padam tapi masih beroksigen lagi dan terus menerus dengan usaha mengampunya... hahahaha....!!!!

Sekarang ini usaha protes penipuan SPR dan menentang keraaaaa-jaan bn yang haramjadah wal punah ranah nih, rakyat yang menentang dan protes secara aman pula di anggap sebagai Penderhaka.

Best part... apabila pengampu ini mengatakan "mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan melakukan demonstrasi di jalan raya."... yup... betul tu... mahkamah... mahkamah jugak beb, tapi jika tiada usaha desakan... mahkamah pun boleh tidoq macam kes Khir Toyo yang sepatutnya lepak dalam penjara setahun tapi masih bebas sehingga kini..., sebabnya mahkamah tidoq laaaa... !!!!

Yooo... yooo... hello bro pengampu karat..., Sejak bila di Malaysia ini ada saluran yang betul bro... selagi bn jadi Raja di Malaysia banyak yang tak betul ada laaaa... hahahaha..!!!!

Sedangkan penyelewengan perbelanjaan yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara saban tahun tiada apa2 tindakan diambil terhadap Menteri, Ketua Menteri, Ketua Jabatan dan Pengarah2 Agensi Keraaaaa-jaan. Semuanya selamber derkkkk... sapu bawah karpet, lagi mau sembang saluran yang betul.... hahahahaha...

Lagi satu dalam hal penipuan oleh SPR, banyak penipuan yang didedahkan tapi gua nak sentuh bab "dakwat kekal"... part dakwat kekal nih semua orang tau ianya tak kekal lama, takan laaaa... rakyat nak protes bab "dakwat kekal" ni pun tak boleh....???

Dengan pelbagai alasan dan kuntau daripada SPR dan Keraaaaa-jaan bn... lu masih lagi percaya ke dengan "Saluran yang betul"... hahahaha... awat laaaa... .!!!!

Kalau ikut dia punya mulut longkang... maknanya rakyat harus jadi lembu jelah, ikut jer... apa yang bn suruh atau buat... macam tu baru takda "Penderhaka"....

hahahaha.... alahai Harusanasini...!!!! - Artikel Asal di SINI

Dr. Asri Belasah Mufti Pencacai Umno
Ulasan Dr. Maza mengenai fatwa terbaru Tan Sri Harussani ini :
SHAH ALAM – Mana-mana pihak yang cuba menentang kerajaan yang sah boleh dianggap sebagai penderhaka kepada negara.Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan melakukan demonstrasi di jalan raya.

"Sebarang usaha untuk menentang kerajaan yang sah, itu namanya penderhaka. Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara.“Apatah lagi, jika ada yang mahu melakukannya dengan keganasan. Kalau tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk perasaan?” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sekumpulan NGO pro-pembangkang yang mahu mengadakan protes jalanan besar-besaran sekiranya pegawai kanan SPR tidak meletak jawatan.

Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505' untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.

Kayanya, gerakan itu akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan badan tersebut.

Beliau turut mendakwa, selagi kedua-dua pentadbir tertinggi SPR tidak meletak jawatan, rakyat akan terus bersama PR membuat tuntutan tersebut melalui himpunan.

Menurut Harussani, mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan keras sekiranya ia ke tahap menggugat ketenteraman awam.“Kalau sampai mengancam nyawa orang lain, itu sudah tergolong dalam dosa besar. Mereka perlu bertaubat segera,” katanya.

Berapa harga fatwa tu?.. kah.. kah.. kah..

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment