Tuesday, May 28, 2013

Apa nak ribut? Rakyat Sabah dah "Memilih"

Kalau ikutkan keputusan PRU 13 pada 5 Mei 2013 baru-baru ini.. Nampaknya orang Sabah sendiri tidaklah kisah sangat ..Hanya kita di semenanjung saja terasa macam warga asal Sabah terhina sedangkan mereka tidak pun merasai begitu.

Warga Sabah tunggu 28 tahun untuk dapat IC
Aidila Razak
7:27PM Mei 27 2013
RCI Sabah: Seorang rakyat Malaysia yang dilahirkan oleh ibu bapa dari kaum Orang Asal Rungus di Sabah terpaksa menunggu hampir tiga dekad sebelum mendapat kad pengenalan.

Charles Magadap berkata hal ini berlaku kerana ibu bapanya tidak mahu berjalan selama 12 jam dari Kampung Sampil di Matunggong, Kota Marudu ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di bandar sewaktu dia dilahirkan pada 1964.

"Tidak ada jalan raya ketika itu dan kami tidak mempunyai kenderaan," katanya memberi keterangan dalam sesi pendengaran suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang tanpa izin di Sabah.

Sebagai saksi ke-93, Magadap berkata dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya dengan menggunakan resit permohonan kad pengenalan sementara yang diterimanya sewaktu memohon untuk mendapatkan kad pengenalan pada 1976, ketika usianya 12 tahun.

Menurut Magadap, dia memohon kad pengenalan menggunakan sijil status yang disahkan oleh pegawai daerah dan menunggu sehingga tahun 1985.

Pada 1985, katanya, dia memeriksa di JPN Kota Marudu dan diberitahu bahawa sijil status itu tidak lagi diiktiraf dan dia terpaksa mendapatkan sijil pendaftaran kelahiran terkini. - mountdweller

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment