Tuesday, May 28, 2013

Apa lagi Myanmar mahu?…..

WARGA MYANMAR RAMPAS PISTOL, TEMBAK BALAI POLIS
Seorang lelaki Myanmar ditahan selepas merampas pistol anggota polis dan melepaskan tiga das tembakan di Balai Polis Chai Leng Park di Butterworth, awal hari ini.

Lelaki berusia 33 tahun terbabit sebelum itu memasuki balai polis berkenaan pada pukul 1.30 pagi untuk membuat laporan polis mendakwa ada orang yang ingin memukulnya dalam pergaduhan di Taman Inderawasih, di Butterworth.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata bagaimanapun Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang diminta menyiasat mengenai perkara itu memaklumkan anggota polis bertugas di balai berkenaan bahawa tiada sebarang kejadian pergaduhan seperti dilaporkan lelaki terbabit.

“Lelaki Myanmar yang hanya berkain pelikat dengan kemeja T berwarna biru dan berkaki ayam itu secara tiba-tiba memanjat meja tempat laporan polis dibuat dan mencekik anggota bertugas itu dan berlaku pergelutan.

“Dalam masa sama lelaki terbabit merampas pistol dan mengacukannya ke kepala anggota polis itu,” katanya ketika dihubungi di Butterworth hari ini.

Beliau berkata koperal polis berkenaan berjaya melepaskan diri daripada lelaki terbabit dan keluar daripada balai itu.

“Sebaik keluar dari balai, anggota polis itu mendengar bunyi tiga das tembakan,” katanya.
Mazlan berkata lelaki Myanmar itu kemudian keluar dari balai dan anggota polis berkenaan cuba memujuk suspek untuk mengembalikan senjatanya.

“Suspek mengacukan pistol ke kepalanya dan terus menarik picu tetapi pistol itu tidak meletup…dua anggota URB tiba di balai itu dan mereka berjaya menangkap lelaki terbabit,” katanya.

Beliau berkata siasatan polis mendapati lelaki itu tidak mempunyai dokumen perjalanan dan telah tiga tahun bekerja kontrak di Pulau Pinang.

Lelaki terbabit dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan, katanya sambil memberitahu bahawa pemeriksaan pihak forensik menemui tiga kesan tembakan pada pencetak, dinding meja dan pintu kaca serta tiga kelongsong dan 12 butir peluru. - Bernama

Sumber---> [http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/05/warga-myanmar-rampas-pistol-tembak.html?spref=fb]

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment