Saturday, May 25, 2013

Anwar akan mulakan laporan polis terhadap SPR

PETALUNG JAYA, 25 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan laporan polis berhubung penipuan pilihan raya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

“Saya sendiri akan membuat laporan polis di Permatang Pauh Isnin ini kerana saya mengundi di sana,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional KEADILAN ke-9 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini.

Beliau mengingatkan anggota parti di semua peringkat memfokuskan pada pengumpulan bukti berhubung penipuan pilihan raya dan membuat laporan polis mengenainya selewat-lewatnya Isnin ini.

“Kita hendak selesaikan dahulu PRU ke 13 ini, barulah cerita mengenai PRU-14. Kita semua tahu memang berlaku penipuan pilihanaraya yang turut dibantu secara langsung oleh pimpinan SPR,” katanya.

Kata Anwar, perkara paling mudah dalam kandungan laporan polis ialah berhubung dakwat yang tidak kekal dijari semasa berlangsungnya pengundian dalam piliha raya umum lalu.

Berdasarkan nasihat peguam kata Anwar, jumlah laporan polis yang kecil akan menjejaskan petisyen pilihan raya yang kini diusahakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Sebab itu semua pimpinan setiap negeri dan cabang mesti membuat laporan polis beramai-ramai bermula esok atau selewat-lewatnya Isnin ini,” tegas Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52574

Ikuti Laporan LIVE UPDATE Perhimpunan Suara Rakyat 505 di SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment