Tuesday, May 7, 2013

Akta Hasutan : Mahathir Terlepas??


Utusan disiasat, Mahathir terlepas, Najib pertahan
Polis menyiasat Utusan, dua penulis blog kerana menghasut

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Polis sedang menyiasat Utusan Malaysia di atas dakwaan menghasut, beberapa jam selepas akhbar milik Umno itu membangkitkan kebencian dengan laporan muka hadapan yang menyalahkan masyarakat Cina di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013.

Polis juga menahan dua penulis blog, Papa Gomo dan King Jason untuk soalsiasat.

- Malaysian Insider - May 07, 2013

Jika Utusan dikatakan menghasut, bagaimana dengan kenyataan Tun Mahathir?

Dr M salahkan Cina yang tidak bersyukur dan Melayu tamak diatas prestasi buruk BN

PUTRAJAYA, 7 Mei — Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengatakan beliau terkejut dengan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013 dan menyalahkan Cina yang “tidak bersyukur” dan Melayu “tamak”.

Beliau mengatakan jelas berlaku “tsunami Cina,” menggunakan perkataan Datuk Seri Najib Razak sebaik sahaja keputusan pilihan raya menunjukkan prestasi BN lebih buruk dari 2008. Dr Mahathir juga mengatakan Melayu “tamak” sebagai punca persembahan buruk BN.

Oleh Zurairi AR - Malaysian Insider - May 07, 2013

Sebelum itu, Najib telah mempertahankan Utusan...

Najib pertahankan ‘Utusan’, nafikan jurang undi bandar-luar bandar

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak telah menafikan keputusan pilihan raya menunjukkan jurang bandar-luar bandar dan mempertahankan Utusan Malaysia yang menyalahkan masyarakat Cina di atas persembahan tidak baik gabungan itu pada pilihan raya 5 Mei.
Perdana menteri mengatakan kajian gabungan tersebut bertentangan dengan dakwaan BN hanya disokong di kawasan luar bandar Malaysia kerana kajian BN menunjukkan peningkatan sokongan terhadap sokongan Melayu di kawasan bandar.

Beliau juga mempertahankan serangan Utusan Malaysia terhadap komuniti CIna kerana menyokong DAP. Beliau mendakwa parti pembangkang yang dikuasai Cina itu telah menyesatkan Cina ke polarisasi kaum yang lebih besar menjadikan mereka berfikir mengundi parti itu akan membawa kepada perubahan kerajaan.

“Kamu menyalahkan Utusan akan tetapi kamu tidak tanya tentang akhbar Cina,” kata Najib dalam sidang akhbar apabila ditanya bagaimana untuk mencapai perdamaian kebangsaan jika Utusan Malaysia masih memainkan isu-isu perkauman.

Oleh Syed Jaymal Zahiid - Malaysian Insider - May 07, 2013

DS Anwar Ibrahim membidas akhbar rasis milik Umno..

‘Utusan’ guna sentimen kaum untuk tutup penipuan PRU13, kata Anwar

PETALING JAYA, 7 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam akhbar Utusan Malaysia milik Umno yang memainkan sentimen perkauman untuk menutup penipuan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dua hari kepas.

Kenyataan Anwar tersebut hadir selepas akhbar milik Umno Utusan Malaysia mengeluarkan artikel “Apa lagi Cina Mahu?” di muka hadapan yang dilihat cuba menunjukkan pilihan raya kali ini adalah pertarungan antara undi kaum Melayu dengan kaum Cina.

“Saya nak beritahu disini ia adalah kesilapan besar pemerintah yang tidak sah.

“Mereka menipu dalam pilihan raya dan menggunakan sentimen kaum untuk menutup kecurangan mereka,” kata Anwar pada sidang media pagi ini di ibu pejabat PKR, di sini.

Ketua umum PKR tersebut juga menuduh tindakan akhbar berbahasa Melayu tersebut mengeluarkan artikel tersebut atas arahan pemimpin tertinggi Umno, serta menambah presiden Umno mempunyai akses terus ke atas akhbar tersebut.

“Sepanjang pengalaman saya berada dalam Umno, presiden mempunyai akses terus dan boleh memberi arahan terus kepada akhbar tersebut,” tambahnya.

Muka hadapan akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan “Apa lagi Cina mahu? dalam langkah yang dilihat sebagai percubaan untuk mencorakkan keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai undi Cina lawan undi Melayu.

Oleh Md Izwan - Malaysian Insider - May 07, 2013


Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Post a Comment