Thursday, April 18, 2013

Pemimpin India bisu Zulkifli Nordin ke Parlimen Shah Alam

PUCHONG, 17 APR: Pengumuman Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Shah Alam adalah satu tamparan hebat kepada MIC dan pimpinan India lain.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Ketua Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo turut menggesa MIC dan calon BN untuk menyatakan pendirian mereka terhadap pengumuman calon pilihan Perdana Menteri itu untuk bertanding di Parlimen Shah Alam.

MIC dan pelbagai pihak pernah menuntut supaya tindakan diambil terhadap Ridhuan Tee Abdullah yang mengeluarkan kenyataan tidak sensitif terhadap komuniti India, namun Perkasa membela Ridhuan serta mengatakan tidak perlu bagi beliau meminta maaf.

“Malah Pengarah Strategi MIC, Vell Paari pernah berkata bahawa beliau bersedia meninggalkan MIC serta mengajak orang India untuk mengundi Pakatan Rakyat jika tiada sebarang tindakan diambil terhadap Ridhuan Tee,” ujar Gobind.

Bagaimanapun, Pengerusi BN Najib Razak yang pernah mempergunakan frasa ‘Nambikei’ untuk menawan hati masyarakat India bertindak bertentangan dengan sentimen komuniti India dengan mempertaruhkan Zulkifli (Naib Presiden Perkasa) sebagai ‘calon transformasi’nya di Shah Alam.

“MIC mesti menyatakan pendiriannya dalam hal yang amat serius ini. Ia tidak boleh berdolak-dalik dan menyuruh rakyat Malaysia menyokong BN,” ujar Gobind lagi.

Kata Gobind, sekiranya MIC berdiam diri kerana ia tidak berani berdepan dengan UMNO bagi membela masyarakat India, maka Vell Paari mesti memenuhi janjinya untuk keluar daripada MIC dan mengajak masyarakat India supaya tidak mengundi BN pada pilihan raya umum kali ini. – Roketkini.com

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment