Thursday, April 18, 2013

Pekan sah dua penjuru, calon mahasiswa tarik diri

PUTRAJAYA: Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang mengumumkan untuk tidak meletakkan calon bertanding di parlimen Pekan menentang Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Hari ini mahasiswa isytihar tarik diri daripada Pekan. Kami akan jadi jentera hadapan bagi memastikan kemenangan Putrajaya," jelas Safwan.

Safwan menyampaikan hasratnya itu pada satu majlis Pakatan Rakyat (PR) di Putrajaya malam tadi. Hari ini lidah rasmi Pas, Harakah Daily turut melaporkan isu berkenaan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Nasional (MPN) Mohd Bukhairy Mohd Suffian yang sebelum ini telah dicanang untuk tampil sebagai calon mahasiswa di Pekan.

Sebelum ini Gerakan Mahasiswa PRU-13 (GM13) telah mengumumkan Mohd Bukhairy sebagai calon yang akan bertanding di parlimen Pekan menentang Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kali ini.

9 April lalu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Fariz Musa sebagai calon PKR yang akan berdepan dengan Najib pada PRU-13 nanti.

Fariz, 43, merupakan bekas guru dan berasal dari Marang, Terengganu. Beliau turut dilantik sebagai Penyelaras Pilihan Raya PKR Parlimen Pekan pada PRU-13 ini.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pekan-sah-dua-penjuru-calon-mahasiswa-tarik-diri-12457?cp

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment