Friday, April 12, 2013

Peguam dalang penipuan elaun ibu tunggal di Selangor Didedah

Peguam Kamarudin Ahmad
PETALING JAYA 11 April: Firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners didakwa dalang di sebalik tuntutan ibu tunggal menyaman Kerajaan Selangor.

Dedah Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail, beliau menerima aduan rasmi berkaitan borang palsu yang memberi kuasa kepada sebuah firma guaman berdaftar untuk menuntut elaun ibu tunggal daripada Kerajaan Selangor.

Menurutnya, ibu tunggal dan anggota keluarga yang terlibat mendedahkan, mereka dijanji akan mendapat RM5,000 hanya dengan mengisi borang.

“Ibu tunggal dan anggota keluarga dijanjikan akan mendapat RM5,000 hanya dengan mengisi borang. Mereka dimaklumkan tuntutan elaun dijanjikan oleh Selangor dibuat menerusi tindakan peguam Tetuan Kamaruddin & Partners bagi pihak ibu tunggal.

“Tindakan mengedar borang itu kepada masyarakat oleh mana-mana peguam dikawal oleh Legal Profession Act 1976. Ia boleh disabit sebagai “touting” iaitu mencari pelanggan secara tidak sah di sidi undang-undang,” kata Rodziah pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Justeru, beliau mengingatkan ibu tunggal supaya tidak terpedaya dengan janji itu kerana Kerajaan Selangor tidak pernah membuat janji sedemikian.

“Saya mohon ibu tunggal berhati-hati supaya tidak menjadi bahan atau mangsa mereka atau golongan yang berkepentingan apatah lagi dalam suasana pilihan raya.

“Aduan yang diterima mengenai Tetuan Kamaruddin & Partners akan disusuli dengan surat dan laporan kepada Majlis Peguam Malaysia dan Pendaftar Mahkamah Tinggi. Ibu-ibu tunggal digesa melaporkan kejadian serupa kepada saya jika ia berulang,” katanya.

Hadir sama sidang media, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Ketua Penerangan, Sim Tze Tzin. – keadilandaily

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment