Monday, April 15, 2013

Papa Gomo Kena Saman Lagi

Rafizi pula saman Papa Gomo
PENGARAH Strategi KEADILAN, saudara Rafizi Ramli, dalam sidang media sebentar tadi di ibu pejabat KEADILAN, mengumumkan akan mengambil satu lagi tindakan saman terhadap blogger Papa Gomo.

Ini berikutan artikel fitnah yang dikeluarkan oleh blogger tersebut di blog miliknya pada 11 April 2013 yang mendakwa kononnya Rafizi Ramli dibuang kerja dari Petronas kerana pecah amanah dan selalu ponteng kerja.

Rafizi bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau sebenarnya meletakkan jawatan kerana mahu bertukar kerjaya dan bukanlah seperti yang didakwa oleh Papa Gomo.

Tambah Rafizi lagi, beliau telah mengeluarkan satu artikel di blognya sebelum ini untuk menjawab fitnah Papa Gomo tersebut dengan harapan blogger lucah nombor satu Umno itu akan menarik balik artikel yang ditulisnya, namun ia tidak berlaku.

Justeru, beliau telah mengarahkan peguamnya saudara Razlan untuk mengambil tindakan saman ke atas Papa Gomo yang dilihat begitu berani memfitnah dipercayai kerana mendapat sokongan daripada pimpinan Umno.

Rafizi yang mendapati sukar untuk menghantar surat saman kepada Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, percaya pengumuman blogger tersebut untuk bertanding sebagai calon bebas di Permatang Pauh adalah helahnya untuk menyembunyikan identiti.

Rafizi meramalkan, Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) akan mengupah orang lain untuk bertanding di Permatang Pauh menggantikan dirinya sekaligus menyembunyikan identitinya sebagai pengendali blog Papa Gomo. - Mimpi Senja

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment