Tuesday, April 16, 2013

Panas!! undi masyarakat Cina di Wangsa Maju akan beralih kepada pembangkang

MCA boikot kempen BNMCA boikot kempen BN 
WANGSA MAJU - MCA Wangsa Maju bersama kira-kira 120 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wangsa Maju memutuskan memboikot Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berikutan Datuk Yew Teong Look tidak dicalonkan di kerusi Parlimen Wangsa Maju.

Perkara tersebut disuarakan selepas mesyuarat tergempar bersama MCA dan wakil-wakil NGO Wangsa Maju setelah mengetahui Teong Look tidak dicalonkan, semalam.

Ketua Bilik Gerakan Pilihan Raya MCA, Lim Choong Hong berkata, 120 NGO seluruh Wangsa Maju telah sepakat bersama MCA akan memboikot pilihan raya kali ini.

Menurutnya, suara rakyat di akar umbi di Wangsa Maju langsung tidak didengar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah NGO menghantar memorandum kepada Najib supaya Teong Look dicalonkan.

“Malah MCA akan mengadakan bantahan bersiri kepada pucuk pimpinan MCA bagi mengutuk tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang tidak mempertahankan kerusi Wangsa Maju.

“Saya percaya undi masyarakat Cina di Wangsa Maju akan beralih kepada parti pembangkang dan BN akan kalah teruk PRU13 sebagai tanda protes kepada keputusan ini,” katanya.

Sementara itu, Teong Look berkata, beliau telah bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN dan tidak henti-henti berkhidmat menjaga kebajikan rakyat hampir lima tahun.

“Saya telah membelanjakan RM2.5 juta tanpa bantuan parti komponen yang lain untuk penduduk di Wangsa Maju tetapi kerja keras tidak dinilai oleh pucuk pimpinan BN.

“Saya mengambil keputusan untuk berehat dan apa-apa keputusan dari MCA serta NGO bagi memboikot pilihan raya bukanlah dalam kawalannya sekarang,” katanya.

Namun begitu, beliau tetap akur dengan keputusan pemilihan calon yang dibuat pucuk pimpinan BN. SH

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment