Saturday, April 13, 2013

Panas!! KJ Berang Gara2 Video Lucah !

KJ berang ! Edaran leluasa klip video lucah terbaru membabitkan serangan fitnah zina pemimpin kanan PAS, sokongan awam kepada UMNO dan BN di seluruh negara merudum lebih 25%.


Tinjauan rambang yang dibuat keatas pengundi bukan melayu pula memperlihatkan hanya 5% percaya, manakala 95% selebihnya menolak klip video zina yang dimainkan oleh blogger2 maya Umno di internet sekarang.

Olahan karya paling haprak itu benar-benar memberi impak kepada peluang BN untuk menakluk sokongan rakyat kepada BN ternyata silap hitung, dimana strategi salah yg dimainkan oleh blogger-blogger mayanya ternyata 'makan diri' sendiri. A!langkah cantiknya sekiranya KJ and the gang turun padang mencari dalang disebalik kerja kotor ini. Dalang perlu diburu, sebagaimana polis dan tentera memburu pengganas Sulu. Mampos Umno, mampos BN..!

Malaysian Insider melaporkan, Khairy Jamaluddin mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan politik lucah dan menegaskan Barisan Nasional (BN) menolak sekeras-kerasnya tindakan sedemikian.
Semalam, satu lagi video seks sepanjang 11 minit menyerupai pemimpin tertinggi PAS telah disebar di Internet oleh laman-laman blog pro-Umno.

“Saya ingin nyatakan bahawa saya menentang politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya.

“Umno dan Barisan Nasional tidak menggalakkan mana-mana pihak, mahupun pihak ketiga untuk mengamalkan politik seperti itu,” kata bekas ahli parlimen Rembau itu semasa merasmikan program BN Youth Volunteer (BNYV) di Bangsar pagi ini.

Khairy berkata tidak adil sekiranya pembangkang mahu menunding jari kepada BN mengamalkan politik lucah kerana musuh politik mereka banyak dan bukan hanya daripada kalangan parti pemerintah sahaja.

“Tidak adil mereka salahkan Umno dan BN sahaja. “Musuh mereka banyak, bukan hanya daripada kerajaan sahaja,” katanya lagi.

Khairy juga berkata BN tidak akan sampai ke tahap menggunakan politik lucah untuk berkempen dan cerita-cerita yang dibuat bertujuan untuk memberikan gambaran negatif kepada BN.

“BN tidak bertindak sehingga tahap itu. Politik juga ada batasannya,” kata beliau.

Dalam pada itu, Khairy juga menggesa kedua belah pihak tidak kira daripada kerajaan ataupun pembangkang untuk berpolitik secara matang dan bersih pada Pilihan Raya 2013 nanti.

“Marilah sama-sama kita pastikan perlawanan kali ini bersih.

“Kita lawan politik dengan idea, dasar dan polisi yang baik untuk rakyat, bukannya dengan politik lucah,” katanya lagi.- ~ The Malaysian Insider / Albanjari online

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment